ads

Thursday, October 15, 2015

Filled Under:

TAHUKAH ANDA !! (6 Gambar) Terdapat Pulau Berpenduduk Paling Jauh Di Dunia !!


Ianya hanya boleh dijejaki dengan perjalanan bot selama tujuh hari, terletak di kaki sebuah gunung berapi dan menjadi tempat tinggal lebih banyak burung dan penguin daripada manusia, Tristan da Cunha ialah pulau paling jauh yang mempunyai penduduk disitu .

Meskipun ia tidak menarik minat semua orang untuk ke situ , jika anda seorang guru dan sukakan kehidupan yang mencabar, andalah orang yang dicari penduduk pulau berkenaan untuk mengajar disitu .



Penduduk pulau tanah jajahan Britain itu baru-baru ini telah mengiklankan jawatan kosong untuk guru baru bagi mengajar 23 orang pelajar di pulau berkenaan .

Mereka juga mencari guru pakar yang berminat mengajar matematik, sains, geografi dan Bahasa Inggeris dengan kontrak antara tiga hingga enam bulan disitu .

Dengan hanya didiami oleh hampir 268 orang, Tristan da Cunha ialah wilayah seberang laut United Kingdom yang terletak di Lautan Atlantik Selatan, kira-kira 3,400 kilometer dari Cape Town dan ianya hanya berukuran  11 meter panjang.




Secara rasminya , Tristan da Cunha yang dikenali sebagai Edinburgh of the Seven Seas. Bagaimanapun penduduk tempatan hanya menggelarnya The Settlement.

Kawasan yang menjadi kediaman penduduk di pulau berkenaan terletak di kaki Puncak Queen Mary, gunung berapi setinggi 2,061 meter.

Menurut iklan itu lagi , jawatan kosong untuk guru itu adalah peluang bagi mereka yang berminat untuk mengajar di perkampungan komuniti unik dan membantu pencapaian pelajarnya disitu .

Iklan itu antara lain berbunyi: “Alami perjalanan yang tidak akan anda lupakan, anda akan disambut oleh penduduk yang mesra. Kemahiran interpersonal dan minat untuk berdepan cabaran akan membantu anda menyesuaikan diri untuk tinggal di lokasi yang jauh daripada kesibukan kota.

“Kami memerlukan pakar guru matematik, sains, geografi dan Bahasa Inggeris untuk kontrak antara tiga hingga enam bulan.

“Keupayaan untuk bekerja dengan jaya bersama kakita­ngan lain dan komuniti amat penting. Enam guru yang ada di sini ketika ini amat terlatih sekali (walaupun tidak mempunyai kelayakan) selepas mendapat latihan di UK.”

Pulau itu juga adalah kediaman kepada lebih banyak burung dan penguin daripada manusia dan memang tidak menghairankan, ada penduduknya sebelum ini mendapati begitu sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di situ.

Antara mereka ialah Paderi, Edwin H Dodgson.

Dia pernah menulis me­ngenai kekecewaannya menetap di situ empat tahun selepas tiba untuk menjadi guru pada tahun 1880.

Saya sentiasa berdoa supaya Tuhan membuka jalan untuk kami semua untuk mening­galkan pulau ini. Tidak ada satu alasan pun untuk pulau ini didiami,” tulisnya.

Penduduk di situ hanya dapat menonton televisyen pada 2001 dan kerana tidak mempunyai lapangan terbang, ia ha­nya boleh dijejaki dengan bot yang mengambil masa tujuh hari untuk tiba disitu .

Lebih buruk lagi, bot dari Cape Town ke pulau itu hanya belayar beberapa kali dalam setahun.




0 comments:

Post a Comment