ads

Thursday, October 15, 2015

Filled Under:

MESTI TENGOK SENDIRI !! Harga Batu Ini Bernilai RM99 Juta !!


Seorang pengumpul batu telah mendakwa bahawa sebiji batu dalam koleksinya bernilai hampir 150 juta yuan (RM99 juta) kerana mempunyai corak dua beruang panda. 

Lelaki itu, Li, berkata, corak pada atas batu itu kelihatan membentuk dua haiwan berkenaan, menjadikan batu itu amat berharga kepada peminat batu dunia .

Menurutnya lagi , dia menemui batu itu di pantai Qingdao, timur China, 12 tahun yang lalu.

Batu itu juga dikategorikan sebagai basanit, sejenis batu lama yang terbentuk hasil daripada pergerakan magma di bawah dasar laut.

Di belakang, batu itu kelihatan seperti batu biasa.
Menurut Li, di atas batu itu ialah corak dua panda, satu besar dan satu lagi kecil.

Dia juga memberitahu wartawan, apabila menunjukkan kepada peminat batu lain, ramai yang kagum, malah ada yang telah menawarkan untuk membelinya dengan harga 700,000 yuan (RM462,000).

Ketika menunjukkan kepada sebuah syarikat untuk menilai, dia telah diberitahu harga batu itu boleh mencecah RM99 juta .

Penilaian itu bagaimanapun dipertikaikan oleh beberapa pakar batu .

Ada yang berkata, nilai batu itu mungkin berpunca daripada penambahan bilangan peminat batu dunia . 

Ada juga yang berkata, sukar untuk menentukan harga pasaran batu itu kerana tidak ada pihak berkuasa yang dapat mengesahkan kesahihannya .

Mereka berpendapat, harga yang dinilaikan itu hanya spekulasi semata-mata .





0 comments:

Post a Comment