ads

Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Monday, May 9, 2016

INFO PERMOTORAN !! 6 Gambar Perdana Terbaru Warna Putih Edisi 2016 !



#Setelah beberapa keping gambar yang didedahkan kepada umum sebelum ini, gambar Proton Perdana 2016 kali ini terdedah lagi dan apa yang lebih menarik, ianya dalam warna putih dan gambar yang diambil dalam keadaan yang sangat jelas bentuk dan rekaannya ……………...


#Menerusi dua gambar yang telah dimuat naik di laman facebook Proton Perdana 2016 itu, kelihatan kereta tersebut dari sudut depan dan belakangnya …………...








Jika sebelum ini beberapa keping anapshot kereta Proton Perdana 2016 telah pun didedahkan , salah satunya memaparkan gambar segak Proton Perdana 2016 dengan warna emas bersama dengan lampu LED siang yang sedang menyala ………………...

sumber siakapkeli



Sunday, May 8, 2016

INFO TERKINI !! Peserta Pertandingan Renang Lemas Di Port Dickson !


# Seorang peserta sukan renang bertaraf antarabangsa telah meninggal dunia selepas dia dipercayai lemas ketika menyertai acara itu di sini pagi semalam....

Kejadian itu ber‎laku selepas mangsa yang juga merupakan seorang pengurus sebuah syarikat swasta di Lembah Klang yang berenang sejauh1.5 kilometer bermula dari Pantai Bagan Pinang menuju ke Pulau Arang , Port Dickson ……….#

#Menurut Ketua Polis Daerah, Superitendan ‎Adzli Abu Shah berkata, mangsa Hue Li Onn 50, adalah merupakan antara 95 orang yang telah menyertai pertandingan renang berkenaan ……...

..Menurutnya, Li Onn telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.45 pagi ketika mendapat rawatan kecemasan di Hospital Port Dickson……

“‎ Sebelum kejadian berlaku , sekitar jam 7.30 pagi , Li Onn telah mendaftar sebagai peserta yang akan membuat renangan sejauh 3.5 kilometer ………….

“ Walau bagaimanapun sekitar jam 9.45 ke jam 10 pagi Li Onn ketika berenang di lihat menjerit meminta tolong ……..


“ Pasukan keselamatan yang berada di lokasi segera memberi bantuan kecemasan, mangsa juga telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan di dalam bot sebelum dia di bawa ke Pantai Batu 1 dan di kejarkan ke Hospital Port Dickson,” ujarnya……..

Menurut Adzli , hasil daripada bedah siasat yang telah dijalankan mendapati punca kematiannya adalah lemas, dan Li Onn juga pernah mempunyai sejarah serangan sakit jantung sebelum ini……..

“ Li Onn juga merupakan individu yang telah beberapa kali menyertai acara seperti ini termasuklah pernah menyertai sukan Iron Ma……..

“ Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut ," ujarnya.

sumber sinarharian


INFO TERKINI !! Beberapa Serpihan Milik Helikopter Terhempas Ditemui Pada Hari Keempat !


#KUCHING: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter terhempas di Sungai Batang Lupar, Sri Aman telah memasuki hari keempat pada hari ini , dan telah menemui kusyen dan serpihan dipercayai ekor pesawat malang itu ........

#Kusyen berkenaan telah ditemui di Pulau Triso muara Sungai Batang Lupar pada jam 9.45 pagi tadi manakala ekor pesawat itu pula ditemui di Sungai Merah, kira-kira empat kilometer di timur laut Lingga ........@ 

Jarak pencarian mangsa terakhir, iaitu juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas pula diperkecilkan kepada 870 kilometer (km) hari ini berbanding 875 km pada semalam. Beliau juga adalah satu-satunya mangsa yang masih belum ditemui lagi ........@

#Lima penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang disahkan terkorban dalam nahas lewat petang Khamis lalu . Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata 650 anggota daripada pelbagai agensi dan penduduk kampung terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat berkenaan..........

#Beliau juga berkata, pihaknya akan menggunakan semua alat pengesan logam bagi menentukan kedudukan pesawat berkenaan . "Sebaik sahaja ianya dikesan, kita akan mengerah penyelam untuk membuat tinjauan . “ Walaubagaimanapun , usaha ini agak mencabar kerana arus sungai terlalu deras selain jarak penglihatan juga agak minimum ,” ujarnya ............@ 





Nantikan berita selanjutnya sebentar nanti ………...
sumber bhonline


Saturday, May 7, 2016

INFO TERKINI !! Mangsa Nahas Kelima Helikopter Telah Berjaya Dikenalpasti !


Penemuan mayat kelima oleh Polis Marin terapong di kawasan Sungai Lingga batang Lupar . Keadaan mayat dikatakan sempurna . Penemuan mayat kelima telah disahkan sebagai YB Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar .


Difahamkan lagi tiga anak lelaki Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, telah selamat tiba ke tanah air petang tadi.


Wan Emir Astar, 26; Wan Imar Izzat, 25, dan Wan Muhammad Amar, 19, tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini dari London pada jam 5.28 petang tadi. 

Difahamkan lagi ketiga-tiga mereka yang belajar dan bekerja di London akan menaiki penerbangan ke Kuching, Sarawak pada jam 7.30 malam ini.


INFO TERKINI !! Mayat keempat Tragedi Helikopter Terhempas Berjaya Dikenalpasti !


Mayat mangsa keempat dalam tragedi helikopter terhempas telah berjaya dikenalpasti sebagai suami kepada Datuk Noriah Kasnon iaitu Asmuni Abdullah .
Mayatnya telah berjaya ditemui 3.20 petang tadi dan akan dibawa ke Hospital Umum Sarawak . 





INFO TERKINI !! Mangsa Kelima Nahas Helikopter Ditemui Petang Tadi !


#SHAH ALAM - Mayat kelima mangsa nahas helikopter AS350 dilaporkan telah ditemui pada jam 6 petang tadi dan ianya telah dibawa ke jeti Pekan Lingga kira-kira jam 6.50 petang tadi ……...

Memetik laporan Bernama Radio, pengesahan itu telah dibuat melalui Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Lingga …….#

Laporan itu juga menyebut polis berkata , mayat tersebut telah ditemui di Tanjung Beleban, kira-kira 2.5 kilometer dari pusat operasi SAR Lingga …...

#Sebelum ini empat mangsa sudah ditemui sejak semalam dengan tiga daripadanya sudah dikenal pasti identitinya ……...

Mangsa pertama , Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon telah ditemui pada jam 12 tengah hari semalam dan telah selamat dikebumikan malam tadi ……….#

#Manakala mayat kedua yang ditemui telah disahkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Ann Amalai dan mayat ketiga disahkan sebagai pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun ……...

Setakat ini, hanya seorang lagi mangsa nahas helikopter yang dilaporkan hilang Khamis lalu masih belum ditemui……..#

Nantikan berita selanjutnya sebentar nanti ………...
sumber sinarharian


INFO TERKINI !! Mayat Mangsa Keempat Tragedi Helikopter Terhempas Ditemui !


#KUCHING : Pasukan penyelamat yang terdiri dari pelbagai jabatan sebentar tadi telah berjaya menemui mayat mangsa keempat nahas helikopter yang berlaku di Sungai Batang Lupar, menurut laporan Berita Harian……....


#Mayat berkenaan juga dikatakan telah ditemui kira-kira jam 3.20 petang di tebing Sungai Batang Lepar……..

#Menurut kenyataan pihak polis lagi , mayat mangsa sudah dalam perjalanan menuju ke jeti Lingga untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi proses pengecaman dan bedah siasat ……...

# Sementara itu , memetik laporan pihak Bernama , Pesuruhjaya Polis Sarawak , Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman mengenai mayat ketiga mangsa yang ditemui tengah hari tadi iaitu Ahmad Sobri Harun , yang merupakan pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon………..


Nantikan berita selanjutnya sebentar nanti ………...

sumber siakapkeli


INFO TERKINI !! Mayat Ketiga Yang Dijumpai Disahkan Milik Pengawal Peribadi Datuk Noriah Kasnon !!


#KUCHING : Mayat ketiga nahas helikopter yang ditemui jam 1.03 tengah hari tadi di Sungai Batang Lupar, Lingga, telah disahkan sebagai Lans Koperal Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi kepada Datuk Noriah Kasnon …….. 

#Perkara itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, sebentar sahaja tadi.......

#Terdahulu , menurut jurucakap bomba menyatakan mayat ketiga itu ditemukan kira-kira satu kilometer dari kawasan mayat pertama iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi , Datuk Noriah Kasnon ditemui  semalam ……...

#Nantikan berita selanjutnya sebentar nanti ………...
sumber bhonline 


INFO TERKINI !! Nelayan Temui Mayat Ketiga, Penyelamat Alami Sedikit Kesukaran Dekati Jeti Kerana Air Surut !



# Kuching: Pasukan penyelamat mengesahkan telah mengesahkan menemui mayat ketiga nahas helikopter yang berlaku di Sebuyau di mana mereka telah menghadapi sedikit kesukaran untuk memindahkan mangsa kerana air surut dan menyebabkan bot tidak dapat mendekai jeti Lingga, menurut laporan  Berita Harian ……….

#Penyelamat juga terpaksa menggunakan bot kecil bagi memindahkan mayat ketiga yang kini berada di atas kapal peronda Pasukan Polis Marin ………...

#Mayat berkenaan juga telah dijumpai kira-kira jam 10.30 pagi tadi tidak jauh dari lokasi mayat kedua yang ditemui awal pagi tadi ……….

#Kira-kira jam jam 1.25 tengah hari tadi mayat berkenaan dilaporkan telah berjaya dipindahkan ke jeti Lingga sebelum ianya diterbangkan ke Kuching untuk proses pengecaman dan bedah siasat…….. 

#Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh nelayan sebelum memaklumkan pasukan penyelamat ……...

“ Lokasi penemuan juga tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Bagaimanapun, anggota penyelamat hanya mengalami sedikit kesukaran ke lokasi kerana air surut,” ujarnya…...

#Dari Jeti Lingga, mayat akan terus diterbangkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching menggunakan pesawat Nuri untuk bedah siasat selanjutnya .... …….


sumber bhonline


INFO TERKINI !! Mangsa Kedua Nahas Helikopter Terhempas Sah Milik Datuk Dr Sundran Annamalai !


#KUCHING: Mayat kedua mangsa nahas helikopter yang ditemui di Sungai Batang Lupar, pagi tadi telah disahkan adalah milik Datuk Dr Sundaran Annamalai .....

#Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau telah mendapat pengesahan mayat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu dibuat hasil daripada padanan cap jari oleh polis selain penemuan barang peribadi pada diri mangsa ……. 

# “ Proses pengecaman mangsa kedua tragedi helikopter itu telah dijalankan sekitar jam 11.15 pagi tadi di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak dan ianya disahkan sebagai Datuk Dr Sundaran Annamalai . ………….

"Jasad ketiga pula telah tiba di Jabatan Perubatan Forensik pada jam 2.26 petang dan pemeriksaan sedang dijalankan ," katanya kepada media di luar Rumah Mayat HUS hari ini ……..# 

# Turut hadir bersama , iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ketua Pengarah Kesihatan , Datuk Dr Nor Hisham Abdullah ……....


sumber bhonline



Friday, May 6, 2016

INFO TERKINI !! TPM Datuk Zahid Hamidi Ziarah Jenazah Kedua Tiba Di HUS !


# KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meluangkan masa kira-kira hampir 30 minit untuk menziarah mayat kedua mangsa helikopter terhempas di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, sebentar sahaja tadi……..

#Beliau kemudiannya beredar pada jam 12 tengah hari dan tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media …….


INFO TERKINI !! Seorang Lagi Mangsa Nahas Helikopter Di Temui Awal Pagi Tadi !!


#SRI AMAN: Pasukan penyelamat pada pagi ini telah berjaya menemui seorang lagi mayat mangsa nahas helikopter di kawasan hilir Sungai Batang Lupar berdekatan jeti Lingga, awal pagi ini, menurut laporan Berita Harian……….

Jurucakap pihak Bomba dan Penyelamat berkata, ketika ini pihak bomba masih lagi berusaha untuk membawa keluar mangsa kedua ini ke jeti berhampiran …...

#Menurut beliau lagi , pihak bomba akan memaklumkan perkembangan terkini penemuan mangsa nahas dan operasi mencari mangsa yang lain dari semasa ke semasa di pusat operasi SAR di Lingga, Sri Aman……….. 

#Mangsa dikatakan ditemui kira-kira jam 8.30 pagi dan ianya masih belum dapat disahkan identiti mangsa…….. 




INFO TERKINI !! Jenazah Allahyarhamah Noriah Kasnon Selamat Dikebumikan Malam Tadi....


#TANJUNG KARANG : Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Sungai Burong, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi . Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah Noriah telah tiba di Masjid Ar-rahmah Batu 12 untuk solat jenazah ......... 

#Jenazah Allahyarhamah telah diterbangkan dari Pangkalan Udara Kuching ke Pangkalan Udara Subang dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie C130 yang tiba kira-kira jam 11.30 malam tadi ...... 

Antara yang telah hadir menziarahi jenazah Allahyarhamah Noriah, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, Naib Presiden Gerakan Datuk A Kohilan Pillai dan Naib Presiden PKR, Tian Chua ....#

#Allahyarhamah juga telah meninggalkan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan iaitu Mohd Shafiq Ishak, 29; Ain Shafinas Ishak, 24; Anis Athirah Ishak, 21, dan Adam Aidid Suhaili, 19, serta seorang anak angkat, Adam Mukhriz Abdullah yang berusia kira-kira tiga tahun ........ 

#Mayat Noriah telah ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira tengah semalam di Sungai Batang Lupar, Sebuyau, Sarawak . Lima lagi penumpang dan juruterbang pesawat Eurocopter AS350 Écureuil yag dinaiki Allahyarhamah Noriah, iaitu suami Noriah, Asmuni Abdullah , Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai , Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad , pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas masih lagi belum ditemui .........

sumber bhonline


INFO TERKINI !! PM sertai Solat Jenazah Datuk Noriah Mangsa Nahas Di Kuching !


#Datuk Seri Najib Razak dan jemaah yang lain menyempurnakan solat jenazah mangsa tragedi helikopter, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon di Surau Al-Jahirah, Pangkalan Udara Kuching  malam ini ……...

Turut sama-sama menunaikan solat jenazah timbalan menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu iaituTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga beberapa anggota keluarga Noriah …...

#Jenazahnya kemudian telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Subang, Selangor dengan menggunakan pesawat tentera . Adik angkat Allahyarham Datuk Noriah, Datuk Zaini Taha berkata, jenazahnya akan dikebumikan malam ini atau esok di Kampungnya di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor . …..

"Ianya bergantung kepada waktu jenazah tiba di Subang. Kalau awal , kita akan kebumikannya malam ini, kalau tidak sempat, esok pagi," ujarnya kepada Bernama……. 

#Datuk Noriah juga merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang pada petang semalam…... 

Jasadnya juga ditemukan di kawasan pencarian awal helikopter terbabit di Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau, tengah hari tadi. Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad…...

#Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat malang tersebut ……...

sumber : bhonline


INFO TERKINI !! Nahas Sebuyau, Gambar Serpihan Helikopter Hilang Yang Dijumpai Pihak Penyelamat !


#Perdana Menteri baru sahaja sebentar tadi telah mengesahkan pihak penyelamat telah menjumpai serpihan helikopter helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang petang semalam di Sebuyau. Menurut lapor Sinar Harian.
Menurut beliau lagi maklumat penemuan itu telah diterima pada jam 9.50 pagi tadi.

"Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahagian lain telah dijumpai . Pasukan SAR juga akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut," katanya pada sidang media.

#Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Menurut Perdana Menteri lagi , lokasi yang dijumpai adalah di sekitar Sungai Batang Lupar dan ianya menyukarkan lagi operasi mencari dan menyelamat.

#Helikopter berkenaan yang diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas telah membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

 #Penumpang lain yang turut berada dalam pesawat terbabtik iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri .




creadit : siakapkeli


INFO TERKINI !! Jenazah Pertama Tiba Di IPK Kuching , Datuk Seri Rohani Tidak Dapat Menahan Kesedihan...


#Baru sahaja sebentar tadi kita telah menerima berita yang cukup menyedihkan kira-kira jam 3.40 petang , jenazah pertama korban tragedi helikopter yang  terhempas di Sebuyau, Kuching telah tiba di padang IPK Kuching …….

Jenazah berkenaan yang dipercayai adalah merupakan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi …….

Turut hadir bagi menyambut jenazah berkenaan ialah merupakan Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang merupakan Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat …….

#Menurut Datuk Seri Rohani dalam kenyataannya di laman Facebooknya kira-kira sejam yang lalu,  dia telah berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah YB Noriah Kasnon yang dianggap sebagai adiknya sendiri ……..

Apabila sahaja jenazah sampai , ternyata YAB Rohani Abdul Karim tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat jenazah 'adik'nya itu yang dipindahkan untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi bedah siasat …...

#Berita selanjutnya akan diketahui tidak lama lagi …..

sumber : Siakapkeli




Thursday, May 5, 2016

INFO TERKINI !! Tiga Aset Milik APMM Tampil Beri Bantuan Ops SAR !!


#Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuching, telah mengerakkan tiga aset bagi menjalankan operasi pencarian helikopter yang dilaporkan hilang, semalam dengan dua bot maritim memulakan operasi mencari dan menyelamat  pada jam 6 pagi tadi…...

#Operasi SAR yang dijalankan APMM bertumpu di sekita perairan muara Batang Lupar dan Batang Sadong hingga jarak lebih lima batu nautika ke utara Tanjung Melaban dengan keluasan kawasan pencarian lebih kurang 150 batu nautika persegi di kawasan dipercayai paling hampir dengan laluan helikopter terbabit…….

#Dua lagi aset akan digerakkan tengah hari ini, sekali gus menjadikan lima aset dengan kekuatan seramai 60 pegawai dan anggota APMM yang terbabit dalam operasi SAR pada hari ini…...

Ikuti perkembangannya pada berita-berita terkini nanti …..

sumber : mymetro


ANEH TAPI BENAR !! Rekaan Rumah Zaman Sekarang Makin Aneh Tapi Benar Wujud !!


Pastinya ramai yang belum mengetahui bahawa dunia kita ini dipenuhi dengan idea-idea pelik tapi benar-benar mengkagumkan . Kali ini ia berkisar dengan kediaman yang diduduki oleh manusia itu sendiri . 

Pada hakikatnya kebanyakkan manusia semua hidup di dalam rumah namun apa yang membezakan mereka ialah jenis rumah yang mereka diami . 

Apa yang ingin diutarakan disini ialah reka bentuk rumah yang boleh dikatakan agak pelik tapi ianya juga cukup unik sekali . Jom kita lihat sejauh mana keunikkan rumah-rumah tersebut . 













Wednesday, May 4, 2016

PELIK BETUL !! Haiwan Pun Berpakaian Macam Manusia ...Dunia Oh Dunia !


#Ianya memang cukup pelik tapi benar-benar berlaku .  Dikatakan , Emma dan pasukannya memerlukan hampir empat minggu untuk menghasilkan sut kuda .....

#Rekaan sut ini telah menjangkau lebih dari 18 meter bulu asli yang didatangkan dari Pulau Harris. Adapun kain yang digunakan untuk membuat sut kuda tersebut bersamaan 10 kali lebih banyak dari yang dihabiskan untuk penghasilan sut untuk manusia normal ....

Sementara itu, menurut Morestead sendiri , ianya merupakan kuda veteran yang sudah sering mengambil bahagian dalam pertandingan lumba kuda . Ia juga menjadi kuda pertama yang mengikuti trend penggunaan sut Tweed dalam festival tahunan lumba kuda tersebut ...

Namun begitu ianya memang cukup unik dan menarik apabila kuda sendiri mula memakai sut seakan mahu pergi ke pejabat . Apapun ianya kelihatan pelik tapi benar-benar berlaku !..






Wednesday, March 16, 2016

Mengejutkan !! Seorang Pelajar Tingkatan 1 Mati Jatuh Bangunan !!


# Gempar apabila seorang pelajar tingkatan satu maut selepas dia terjatuh dari Flat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jalan Sungai,  malam tadi…...
Dalam kejadian pada jam 7 malam itu, M Vishallini, 13, disahkan mati ketika dalam perjalanan menuju ke hospital…..
#Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal turut mendapati ibu remaja terbabit meminta dia ke kedai di bawah flet terbabit kira-kira sejam sebelum kejadian…...
“ Walau bagaimanapun, ibunya terkejut apabila diberitahu anaknya terjatuh dan mengalami kecederaan serius di badan serta di kepala .
“ Setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui dari tingkat mana mangsa terjatuh kerana tiada saksi yang melihat kejadian itu ," ujarnya.
sumber hmetro