ads

Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Monday, March 14, 2016

MEMANG GEMPAK !! IRON MAN Pun Jual Coconut Shake Cari Duit Poket ! Memang Tak Boleh Tahan !


#Penduduk di sekitar daerah ini telah dikejutkan dengan kemunculan adiwira Iron Man yang menjual air coconut shake di Jalan Pintu Geng,  sejak tiga hari lalu.

..Strategi peniaga, Mohd Khairi Abdul Aziz, 34, itu telah menarik perhatian orang ramai untuk bergambar dengan adiwira itu, sekali gus melariskan jualannya sehingga menjadi viral di laman sosial baru-baru ini ………..

@Menurut Mohd Khairi, idea itu menggunakan kostum adiwira itu telah diinspirasikan daripada Nasi Lemak Spiderman yang menarik perhatian orang ramai sejak bulan lalu…...

#Menurutnya lagi , dia yang menjual coconut shake pada harga RM2 hingga RM3.50 sejak setahun lalu mahu mencipta kelainan dengan memilih Iron Man kerana orang ramai termasuk kanak-kanak dan golongan dewasa meminati adiwira tersebut …….

..“Ilham itu muncul selepas saya tertarik dengan gelagat Spiderman menjual nasi lemak dan di situ saya fikir apa salahnya kami mencubanya untuk menghiburkan pelanggan….

..“Alhamdulillah, saya bersyukur selepas tiga hari, perniagaan saya semakin laris apabila ramai yang berhenti untuk bergambar sambil membeli coconut shake,” katanya…..

...Menurutnya, kostum dibeli dengan harga lebih RM1,000 daripada kenalan dari Thailand dan siap dalam tempoh dalam dua bulan…...

..“Kostum itu dipakai sepupu, Muhammad Hans Hazid Mohd Hanif, 17, serta rakannya, Mohd Amirul Asif Hairul, 17, secara bergilir…….

“Sempena cuti sekolah ini juga, kami telah menambah lagi beberapa adiwira seperti watar Star Wars, Batman, Kamen Rider serta karakter daripada permainan video, Halo,” katanya…..

#Sementara itu, menurut Muhammad Hans berkata, dia memakai kostum itu sejak tiga hari lalu bersempena cuti sekolah dan tidak sangka kini viral di laman sosial…...

..“Kami juga seronok kerana dapat meluangkan masa cuti sekolah dengan menghiburkan orang ramai selain membantu perniagaan bapa saudara,” katanya……..

..“Tugas menjadi adiwira sama sekali tidak pernah mengganggu pembelajaran kerana ia tidak mengambil tempoh masa yang lama berikutan kami memakainya secara bergilir,” ujarnya ringkas  …...

sumber hmetro


Sunday, March 6, 2016

BIAR BETUL !! Peminat Kecam Pakaian Yang Dikenakan Anzalna Ketika Bercuti Bersama Suami .


Pastinya ramai yang mengenali pelakon kecil molek Anzalna Nasir yang baru sahaja selesai melamgsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada tahun ini . 

Namun pelbagai kontroversi mula timbul apabila gambar pasangan merpati sejoli ini dimuat naik ke laman sosial dan mengundang pelbagai komen panas peminatnya diluar . 

Pakaian yang dikenakan oleh pelakon kesayangan mereka dikatakan kurang kena dengan statusnya sebagai seorang isteri . Namun itu semua adalah hak dan pandangan masing-masing .

Ada yang memuji ada yang mengeji . Itu semua mainan dunia .







MH370 !! Serpihan Kedua Milik MH370 Dipercayai ditemui Di Pulau Reunion ! Namun Kebenarannya Masih Lagi Dalam Siasatan ! Apa KOMEN mereka !


# Memang mengejutkan ramai pihak di Pulau Reunion apabila Seorang penduduk di sini, yang telah menemui serpihan pesawat yang dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Julai 2015, menemui serpihan kedua dipercayai milik pesawat sama, pada Khamis yang lalu…..

Menurut laporan daripada pihak AFP, lelaki yang dikenali sebagai Johnny Begue itu menemui          ‘ flaperon ’ tahun lalu dan telah menyerahkan segera serpihan kedua yang ditemuinya kepada pihak polis…

#Johnny juga berkata, dia sedang berjoging di persisiran pantai ketika ternampak objek yang berukuran 40 x 20 sentimeter (cm) serta terdapat tanda berwarna biru dan kelabu di permukaannya...

Menurutnya lagi , bahan binaannya sama seperti sekeping flaperon yang ditemuinya tahun lalu serta ringan….#

#Pihak polis tidak menghubungi Johnny selepas dia menyerahkan serpihan itu sejak Khamis lalu, manakala cubaan bagi mendapatkan komen daripada polis juga gagal….

sumber HMetro


Saturday, March 5, 2016

INFO SEMASA !! Pandangan Terbuka Wanita Ini Terhadap Kaum Melayu Yang ‘Obses’ Bertudung !!

Nota : Ini adalah pandangan seorang wanita bernama Alicia IzharudDin. Baca boleh, terpengaruh JANGAN.  
Kalau diperhatikan zaman sekarang ini, ramai wanita di Malaysia telah ‘berhijrah’ pada usia muda. Bermula daripada seorang yang tidak bertudung kini bertudung penuh, contoh yang paling ketara kita dapat lihat adalah artis-artis wanita di Malaysia.
Ia dijadikan sebagai satu perubahan positif terhadap masyarakat kita. Namun, wanita ini meluahkan pandangannya terhadap trend tersebut, dimana budaya itu disifatkan sebagai satu obsesi orang Melayu dan simbolik ketegangan sosial yang timbul daripada proses Islamisasi.

Asal-usul obsesi Melayu dengan tudung
Nampaknya perempuan yang tidak memakai tudung di Malaysia sudah menjadi spesies yang terancam. Soalnya diancam oleh apa dan siapa. Bukan pemburu haram tetapi satu budaya yang mempunyai sejarah yang pendek.
Budaya ini mula menyerap ke dalam sanubari rakyat Melayu-Islam sejak akhir 1970-an. Ini merupakan zaman pembangkitan Islam yang mendapat ilham daripada revolusi Islamik di Iran yang berjaya menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlavi yang sekular dan didukung oleh Amerika Syarikat.
Pada zaman yang sama, Malaysia pesat membangun daripada negara dunia ketiga ke negara dunia ke … tidak mengapalah. Proses modenisasi ini mendahulukan kepentingan bangsa Melayu dari kawasan perkampungan supaya ramai berpindah ke kota untuk meneruskan pendidikan dan merebut peluang pekerjaan.
Wanita Melayu terutamanya mendapat manfaat terbesar daripada proses modenasasi pada waktu ini. Pada pertama kali, ramai wanita Melayu muda dan belum berkahwin dari perkampungan diberi peluang bekerja, sambung belajar, dan menetap di kawasan bandar di luar kawalan ibubapa.
Namun, kebebasan wanita Melayu khususnya kebebesan ‘minah karan’ yang berkhidmat di kilang alat elektronik di pinggiran bandar dipandang serong. Agen-agen dakwah yang berhaluan PAS dan ABIM pada 1980-an muncul sebagai ‘penyelamat’ Melayu wanita yang dipercayai terhanyut oleh arus deras modenisasi.
Bilangan perempuan Melayu yang memakai tudung meningkat sejak tahun 1980-an dan terus meloncat hingga wanita yang tidak memakai tudung – seperti saya – hanya tinggal segelintir sahaja. Golongan minoriti ini akan terus ditegur, dihina, dan ditindas sehingga setiap helai rambut diselubungi tudung.
Boleh dikatakan proses Islamisasi di Malaysia sangat obses dengan cara pemakaian dan perlakuan wanita Melayu. Seiringan itu, pengaturan gaya hidup seharian wanita Melayu menjadi modus operandi bangsa yang begitu asyik memelihara identiti Melayu-Islam yang pantang dicabar di negara ini.
Bagi saya, tudung melambangkan hasil daripada ketegangan sosial yang timbul daripada proses Islamisasi
Jadi, mengapa pula saya tidak memakai tudung? Pendirian saya yang feminis menolak perbezaan sosial antara lelaki dan perempuan. Ini termasuklah definisi yang membezakan antara aurat lelaki dan perempuan. Apa yang sebenarnya membezakan perempuan dengan laki-laki hingga sehelai rambut seorang perempuan perlu disembunyikan?
Bagi saya, tudung melambangkan hasil daripada ketegangan sosial yang timbul daripada proses Islamisasi dan corak pembangunan ekonomi yang mementingkan bangsa Melayu sejak 1970-an. Ketegangan ini masih berterusan dan boleh dilihat melalui tekanan atas wanita Melayu untuk bertudung.
Tudung adalah satu fetish – sebuah objek yang ditumpukan hasrat dan obsesi sekalian umat dan bangsa Melayu.
Evolusi tudung daripada lambang pembangkitan Islam kepada simbol konsumer dan individualisme adalah hasil daripada modenisasi dan perkembangan bangsa Melayu kelas menengah (middle class) yang hegemonik dalam masyarakat Malaysia. Tudung juga boleh menjadi kapitalis dan neoliberal. Islam Melayu juga kapitalis dan neoliberal.
Saya faham rambut wanita Muslim hanyalah simbolik sahaja dan mempunyai maksud yang lebih tersirat. Ia melambangkan perbezaan yang mengasingkan lelaki daripada perempuan di ruang domestik dan awam. Tudung adalah satu fetish – sebuah objek yang ditumpukan hasrat dan obsesi sekalian umat dan bangsa Melayu.
Kini, identiti perempuan Melayu begitu sinonim dengan tudung. Tudung itu perempuan Melayu. Sebarang percubaan untuk mengasingkan tudung daripada identiti perempuan Melayu boleh mendatangkan krisis eksistensialis yang sering muncul dalam laman media sosial seperti Instagram, Facebook, dan Twitter. Setiap wanita Muslim yang “berjaya” memakai tudung. Maka, kepupusan wanita Melayu yang tidak bertudung adalah kejayaan umat Melayu Islam.