ads

Thursday, October 15, 2015

Filled Under:

MESTI TENGOK !! Impian Sultan Johor Jadi Kenyataan !!



Memang cukup hebat apabila impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskadar untuk memilik trak Mack paling mahal di dunia akhirnya tercapai apabila trak itu telah diserahkan kepada baginda di satu majlis penyerahan yang diadakan di Brisbane semalam .


Trak tersebut dilaporkan telah mengambil masa setahun oleh pengeluar trak terbabit untuk menyiapkannya .

Antara keistimewaan yang dimiliki trak itu adalah ianya dilengkapi dengan 6 CCTV, dua set televisyen, ruang dapur, barbeku, katil serta kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas .

Apa yang lebih menarik lagi , bahagian depan trak tersebut telah dihiasi dengan lambang harimau yang sedang mengaum yang diperbuat daripada emas.



"Ini impian beta, adakah beta tersenyum?", kata baginda ketika mengulas tentang trak tersebut.


Harga sebenar trak itu turut dirahsiakan tetapi menurut rekod, trak itu semestinya lebih mahal dari trak sebelumnya yang dianggarkan berharga A$481,000 (RM1.5juta)


"Beta sentiasa menghargai kemahiran kebolehan jurutera Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun sebelum ini", kata baginda.

"Beta berharap dapat mempamerkan hasil kerja ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja ia dibawa ke Malaysia", kata baginda lagi.

Trak tersebut juga dijangka tiba di Malaysia hujung bulan ini dan pemanduan pertamanya akan dilakukan bagi tujuan amal nanti .

Trak tersebut juga dapat menghasilan 685hp kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimun 100km/h .





0 comments:

Post a Comment