ads

Wednesday, October 14, 2015

Filled Under:

JOM BACA !! Langkah Taekwondo Ladang Getah Selamatkan Diri !!


Saya hanya berlari mengikut kata hati sambil menjerit kerana ketika itu keadaan sangat gelap selepas berjaya melarikan diri daripada lelaki yang cuba merogol saya.” 

Remaja perempuan yang hanya ingin dikenali sebagai Ana, 19, menceritakan detik cemas ketika dia dibawa lari seorang lelaki tidak dikenali sejauh lima kilometer sebelum cuba merogolnya di sebuah ladang getah di Kampung Rambutan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, dia telah mengalami kerugian kira-kira RM600 apabila wang tunai, telefon bimbit dan dokumen peribadinya dilarikan oleh suspek.

Walau bagaimanapun, dia yang pernah mempelajari seni pertahanan diri taekwondo bergelut dengan suspek sebelum berjaya melarikan diri serta meminta bantuan penduduk kampung yang berhampiran.

Menceritakan semula kejadian itu, Ana berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam, dia yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Alor Setar dengan motosikal Honda Wave Dash berhenti di pondok menunggu bas Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena kerana hujan lebat.





0 comments:

Post a Comment