ads

Wednesday, October 14, 2015

Filled Under:

SEDIH DAN PILU !! Puteri Nabilah Yatim Piatu Sekelip Mata !!


Puteri Nabilah Azaman, 19, tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas tengah hari tadi kerana dia bakal menduduki peperiksaan di kolejnya.

"Ketika bersarapan pagi di rumah, ayah beria-ria mengajak saya ke Kuantan tapi terpaksa menolaknya kerana esok saya kena ambil kertas akhir untuk subjek Matematik.

"Tidak lama selepas itu, saya telah diberitahu mereka (keluarganya) telah terlibat dengan kemalangan," kata pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembusu ini.

Bapanya Azaman Ramli, 49, dan ibu tirinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, serta empat adik beradiknya terkorban dalam kemalangan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor.

Kereta Toyota Camry yang dipandu bapanya dilapor terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler.

Anak sulung ini berkata bapanya yang bekerja sebagai Pengurus Pusat Jualan Perodua di Padang Midin di sini mahu ke Kuantan untuk menemui seorang rakan lamanya bagi membincangkan mengenai pertukaran lokasi kerjanya ke Kota Baharu pada 1 November ini. 


"Saya sangat sedih dengan pemergian mereka dalam sekelip mata dan hasrat ayah untuk berjumpa rakannya juga tidak kesampaian. Dua minggu lalu saya baru sahaja kematian ibu," ujarnya dengan nada yang sayu .





0 comments:

Post a Comment