ads

Wednesday, October 14, 2015

Filled Under:

GEMPAR !! Sebuah Restoran Di Ibu Kota Yang Kelihatan Bersih Tapi Hakikatnya K**** !!


Baru-baru ini, heboh diperkatakan di laman sosial apabila sebuah restoran mamak menggunakan penyapu lantai untuk membersihkan kuali. Malah perkara itu bukanlah tersebar di atas khabar angin, tetapi melalui sebuah rakaman video yang telah dirakam oleh seorang pelanggan yang berada di restoran tersebut.

Menurut laporan daripada Harian Metro, restoran tersebut telah diarahkan tutup kerana kotor selepas diperiksa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.



Menurut jurucakap jabatan itu berkata, restoran berkenaan diarahkan tutup sehingga pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihannya. Katanya, pemeriksaan mengejut dibuat oleh lapan penguat kuasa jabatan berkenaan di seluruh kawasan premis termasuk bahagian dapur selepas menerima aduan orang ramai yang melihat video itu.

Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan di restoran berkenaan tidak memuaskan dan kita beri notis supaya restoran ditutup esok. Kita akan beri kelulusan untuk restoran itu beroperasi semula apabila ia benar-benar bersih,” ujarnya.







0 comments:

Post a Comment