Proton memulakan plan pertama dengan berkolaborasi dengan Suzuki bagi mengeluarkan kereta (rebadge) bersaiz kecil (segmen A) melalui model Suzuki yang sedia ada. Belum diputuskan model kereta Suzuki apakah yang akan diguna dalam kerjasama ini namun ianya dirancang akan mula dipasang pada Ogos 2016.
Jelas sekali Proton masih berusaha untuk berada dalam segmen A ini. Mungkin kerana pasarannya yang agak besar. Satu plan tindakan untuk bersaing Perodua nampaknya.
Model Gantian Utama Tahun 2016
Bagi meledakkan semula Proton di pasaran, tiga model utama Proton iaitu model gantian Saga (Saga R), Persona (Persona R) dan Perdana Baru – Fasa 2 akan dilancarkan dan berkemungkinan pertengahan tahun 2016.
Satu berita yang menarik dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan pembeli kepada Proton. Sewajarnya Proton menggantikan model-model sedia ada dengan model baru secepat mungkin agar dapat melonjakkan kembali nama Proton yang makin pudar .
1. Proton Saga & Persona
Model Saga (Saga R) dan Persona (Persona R) akan dibangunkan dengan menggunakan platform Iriz sebagai asas, tetapi berada dalam segmen yang berbeza. Saga R bakal diposisikan dalam segmen A+ (sedan kompak), manakala Persona R dalam segmen B yang bakal bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Volkswagen Polo Sedan .
Segala maklumat terperinci mengenai spesifikasi dan rekabentuk setakat ini masih lagi dirahsiakan. Hanya yang ada adalah gambaran dari pelukis atau designer bebas.
Model Kereta Baru Proton Saga 2016
Ini pula adalah gambaran Proton Saga Baru 2016 yang turut menggunakan reka bentuk Iriz tetapi dengan rekaan lebih canggih dan moden.
Sememangnya Model Saga amat penting buat Proton kerana ia merupakan model pertama dan menjadi ikon yang memperkenalkan Proton sebagai salah satu syarikat pengeluar kereta di dunia.
Model Kereta Baru Proton Persona 2016
2. Proton Perdana
Bagi Model Perdana Baru – Fasa 2 pula adalah kesinambungan model Perdana generasi baharu yang dibangunkan menggunakan platform dan teknologi Honda iaitu Honda Accord generasi ke-8.
Perdana Baru – Fasa 2 bakal tampil dengan perubahan rekaan yang lebih ketara berbanding dengan model ketika ini (bukan lagi rebadge tetapi rekaan baru sepenuhnya).
Ada kemungkinan Perdana Baru – Fasa 2 ini bakal menggunakan enjin NEO1 yang telah dibeli dari Petronas atau masih mengekalkan enjin asal Honda Accord tetapi akan ditala semula oleh jurutera Proton.
sumber
0 comments:
Post a Comment