ads

Tuesday, October 13, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Sahabat Baik Tidak Sedar Mereka Adalah Adik Dan Kakak Yang Terpisah 40 Tahun Lalu !!



Ianya cukup mengejutkan apabila dua orang sahabat baik yang bekerja di sebuah hospital di sini bergitu teruja selepas mengetahui bahawa mereka berdua sebenarnya adalah adik beradik yang sudah terpisah sejak 40 tahun lalu.

Menurut maklumat , Holly Hoyle O’Brien dan adiknya Meagan Hughes yang merupakan anak yatim sejak dari kecil telah terpisah di Korea selepas bapa mereka maut dilanggar kereta api di Korea Selatan pada 1970-an.

Ibu tirinya membawa si adik yang masih kecil menyebabkan Holly atau nama asalnya Pok-nam Shin diserahkan kepada rumah anak yatim sehinggalah dia diambil menjadi anak angkat oleh sepasang suami isteri warga Amerika ketika berusia sembilan tahun pada 1978.




Holly yang telah dibesarkan bersama adik  beradik angkatnya di Virginia dikatakan telah cuba dibantu oleh ibu angkatnya untuk mencari adik kandungnya di Korea Selatan, tetapi tidak menemui sebarang rekod kanak-kanak berkenaan.

Manakala adiknya pula Eun-Sook Shin juga membesar di rumah anak yatim selepas kematian ibu tirinya telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga yang juga dari Amerika dan membesar di New York dan diberi nama baru.




Awal tahun ini, Holly telah ditugaskan di Bayfront Health Port Charlotte di unit pembedahan dan secara kebetulan Meagan juga diterima bekerja di situ sebagai pembantu fisioterapi.

Mereka juga telah bertemu di tempat kerja telah menjadi sahabat baik sebelum menceritakan hal peribadi mereka yang berkaitan kisah lampau sehingga menimbulkan syak ada perhubungan antara mereka.

Akhirnya mereka telah membuat ujian DNA pada musim panas lalu yang mengesahkan kedua-duanya sebenarnya merupakan adik-beradik sebenar .





0 comments:

Post a Comment