ads

Tuesday, October 13, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Murid Orang Asli, Mirsudiar & Norieen dipercayai dibantu Oleh ?



Berita kehilangan 7 murid orang Asli yang hilang di hutan belantara di Gua Musang cukup mengejutkan semua pihak malah menjadi viral di laman sosial .

Namun , benarkah murid orang asli, Mirsudiar & Norieen telah di bantu oleh TENROG ?

Setelah hampir 48 hari pencarian, akhirnya Mirsudiar, 11, dan Norieen, 10, telah selamat ditemui walaupun mereka berada dalam keadaan yang tidak bermaya.

Walau bagaimanapun, misterinya ialah bagaimana kedua murid tersebut boleh terselamat tanpa keperluan asas dan makanan bersih dalam tempoh yang sebegitu lama sekali .

Berdasarkan pemandu pelancong yang mempunyai pengalaman di kawasan gua dan gunung, seseorang yang sesat dan tidak mempunyai kepakaran tentang hutan hanya dapat bertahan hampir 20 hari sahaja, justeru itu ia sama sekali menimbulkan tanda tanya bagaimana Mirsudiar,11, dan Norieen,10, boleh bertahan selama 48 hari !



Menurut laporan dari Mingguan Malaysia, kebanyakan penduduk di sekitar kawasan Pos Tohoi berkata mereka percaya kedua-dua kanak-kanak itu mampu bertahan di hutan belantara kerana telah mendapat bantuan dari makhluk halus yang mendiami kawasan tersebut .

Seorang penduduk dari Pos Tohoi, Alex Long, 54, berkata makhluk itu memang wujud dan antara tempat-tempat yang paling digemari oleh makhluk itu adalah pokok tualang, pokok merbau atau gua-gua yang terdapat di daerah ini.

Menurut beliau lagi , masyarakat Orang Asli suku Temiar, makhluk yang mendiami hutan berkenaan digelar sebagai 'tenrog' atau di dalam bahasa Melayu dikenali sebagai 'Bunian'.

"Di sini, Gua Peraling paling dekat. Jika berjalan kaki, ianya hanya mengambil masa hampir 10 minit sahaja dari penempatan kami. Gua ini ada mempunyai penghuninya tetapi kami percaya mereka tidak buat kacau jika mereka tidak diganggu.

"Mirsudiar dan Norieen mampu bertahan hidup lama mungkin kerana dibantu penghuni hutan ini. Mengikut kepercayaan kami, penghuni hutan memang suka berkawan dengan kanak-kanak," katanya memetik laporan itu.

Sementara itu, Jemi Angah, 40, menceritakan pengalaman dimana dia dan seorang rakan pernah sesat selama 18 jam di hutan berhampiran Gua Peraling.

"Kami seolah-olah berlegar-legar di tempat sama sedangkan kawasan itu sering dilalui sebelum ini. Kami hampir berputus asa kerana kepenatan. Selepas saya minta penghuni hutan bantu, barulah kami terjumpa jalan ke kampung," katanya.

Tambah Jemi, masyarakat di situ juga percaya ada pantang larang yang perlu dipatuhi jika mahu menjejakkan kaki di kawasan hutan.

Sekiranya gagal mematuhi pantang larang, penghuni hutan akan marah sehingga mengundang kejadian yang tidak diingini .

"Pantang larang paling utama jangan bercakap besar dan tinggalkan barang-barang kotor seperti tuala wanita dalam hutan. Selain itu, sebelum masuk hutan, minta kebenaran dulu," ujarnya.

Seorang lelaki yang banyak terlibat dalam operasi menyelamat, Angah Chaki, 40, berkata kanak-kanak itu mungkin disembunyikan kuasa ghaib 'tenrog' berikutan tiada jejak yang ditemui.

“‘Tenrog’ ini dalam bahasa Melayu disebut bunian. Ini me­rupakan kali pertama tujuh kanak-kanak hilang begitu sahaja tanpa dapat  dijejaki ,” katanya.

Angah juga turut menceritakan satu kes dimana pernah berlaku kepada lelaki Orang Asli yang tersesat selama dua bulan di dalam hutan.

“Apabila dijumpai, mulut mang­sa mempunyai kesan tanah dan kita percaya semasa hilang itu dia diberi ‘makan’ tanah dan daun-daun oleh Tenrog,” kata beliau.

Sebelum ini, salah seorang dari kanak-kanak yang ditemui selamat ada berkata mereka diberi makan oleh 'seseorang' dalam tempoh mereka tersesat di dalam hutan tersebut .






0 comments:

Post a Comment