ads

Monday, October 19, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Tertinggal Kain Dalam Rahim , Suami Ambil Tindakan Mahkamah !!



Menurut maklumat yang diterima , suami kepada mangsa kes kain tertinggal di dalam rahim mengambil keputusan untuk memfailkan saman di mahkamah untuk mendakwa kecuaian yang dilakukan tersebut boleh mengancam nyawa isterinya.


Mohd Shahid Azim Mohd Saufi berkata satu laporan polis mengenai kejadian telah pun di buat pada Jumaat yang lalu.

Menurut Shahid lagi , isterinya memberitahu ada benda keluar dari rahim pada 1 Oktober yang lalu.

"Pada 1 Oktober lalu, saya pulang ke rumah dan kemudian dia (Norsyazwani) memberitahu ada sesuatu benda yang keluar dari rahimnya.

"Selepas ianya dikeluarkan, rasa sakit yang dialami sebelum ini telah hilang dan nak jalan, nak pergi tandas, nak duduk semua telah hilang," ujarnya ketika memetik laporan Astro Awani.



Norsyazwani juga dikatakan terpaksa menanggung kesakitan selama tiga hari selepas melahirkan anak selain aliran darah nifasnya menjadi tidak normal ekoran daripada apa yang terjadi . Keadaan itu dikatakan menjadi lebih serius apabila berlaku pendarahan selepas 17 hari bersalin .


Doktor kemudian telah mengesahkan wujud darah beku di dalam rahim Norsyazwani.

"Mula-mula keluar (kain), saya memang terkejut sangat sebab kain itu besar, jadi saya rujuk kepada doktor, doktor maklumkan kain itu diletakkan untuk memberhentikan pendarahan sewaktu menjahit luka bersalin dan petugas waktu itu terlupa untuk mengeluarkannya.

"Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu," ujar Norsyazwani.

Dalam perkembangan yang sama, menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata  pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan dan penjelasan dari semua pihak yang terlibat dalam insiden tersebut .

sumber




0 comments:

Post a Comment