Seperti yang kita ketahui ,
penggunaan rokok elektrik pada masa kini semakin berleluasa di kalangan anak
muda .
Bagi kita yang kurang arif dalam bab
kesihatan, pastinya tidak begitu mengambil kisah mengenai benda baru yang
datang asalkan kita dapat mencubanya .
Vapor atau lebih dikenali sebagai
rokok elektronik ini seakan menjadi pilihan pengganti kepada rokok konvensional
oleh ramai perokok tegar .
Bukan sahaja bagi perokok tegar ,
malah trend ini kini dilihat semakin menular sehinggakan ada diantara anak muda
yang tidak merokok juga sudah mula mencuba mendapatkannya .
Menghisap vapor di tempat-tempat
awam bukanlah sesuatu yang agak luar biasa kini malah ianya dianggap hebat
kerana mengikuti trend masa sekarang .
Bila ditanya kepada beberapa pengguna
vapor yang dahulunya bukan perokok , mereka menganggap vapor ini ibarat gaya
hidup masa kini .
Kajian juga mengatakan 90 peratus
perokok biasa pada masa sekarang telah mula beralih kepada vapor sejak
ianya mula popular beberapa tahun yang
lalu .
Teknologi vape mula menjadi fenomena
dalam kehidupan masyarakat sekarang dan wujud beratus komuniti vape yang boleh
kita dilihat di media-media social pada masa sekarang . Ianya juga dikatakan
diwujudkan untuk berkongsi idea, maklumat, menjual produk bahkan adanya
perjumpaan bersama .
Ianya mula menimbulkan banyak
persoalan dalam masyarakat pada masa sekarang . Kenapa perlu diwujudkan
komuniti sekiranya produk yang dijual secara terbuka dan mudah didapati?
Mungkinkah forum berbual dapat membantu pengguna vape yang baru berjinak-jinak
mendapatkan produk yang berkualiti dengan harga berpatutan. Ianya sukar untuk
dipastikan .
Namun begitu menurut salah seorang
penjual vape yang ditemubual berkata, kebanyakan rokok elektronik adalah dari
China dan ianya kadang kala benar-benar mahal ketika awal pengenalannya.
Untuk mod yang berbentuk pen sahaja
boleh mencecah kira-kira RM200, sekitar tiga tahun yang lalu .
Namun kini, harganya hanya kira-kira
RM15 dengan kemasukan banyak barangan buatan China. Walau bagaimanapun ,
apabila trend ini mula popular , pelbagai jenis mod mula diimport dari Amerika
Syarikat dan United Kingdom dengan harga yang lebih tinggi lagi .
Jika diperhatikan kebanyakkan pengguna
vape kini dilihat seakan-akan berlumba bagi memiliki mod yang lebih berkualiti
dan terbaik . Justeru itu , wujudnya sebatang mod yang dibeli dengan harga
mencecah ribuan ringgit berdasarkan kualitinya .
Secara teorinya sama seperti kita mengisi petrol kereta,
tidak kira apa tujuan yang anda lakukan anda tetap memerlukan perisa untuk
menggunakannya .
Ramai yang menganggap asap e-rokok
tidak merbahaya malah penggunaannya juga dikatakan jauh lebih efisyen
berbanding menghisap rokok biasa. Namun begitu , sejauh manakah kebenaran
tanggapan ini ? Mari kita tunggu dan
lihat .
0 comments:
Post a Comment