ads

Saturday, October 17, 2015

Filled Under:

MESTI BACA SUKAN !! Johor JDT Layak Ke Final Piala AFC !!


Menurut maklumat , Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah mengesahkan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) mara ke final Piala AFC bertemu FC Istiklol selepas kelab dari Kuwait, Qadsia SC tidak layak beraksi di separuh akhir kedua.

Keputusan itu telah diambil susulan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bolasepak Kuwait (KFA) berkuat kuasa serta merta hari ini sekali gus telah menyaksikan semua pasukan dari negara itu termasuk Qadsia SC tidak dibenarkan bermain di kejohanan antarabangsa lagi .

Jawatankuasa Pertandingan AFC yang telah bermesyuarat petang semalam telah  membuat keputusan membatalkan perlawanan separuh akhir kedua antara Johor DT dan Qadsia SC pada Selasa depan di Larkin nanti .

Pembatalan itu telah memberi tuah kepada skuad Harimau Selatan yang tidak perlu bermandi peluh untuk mara ke final selepas tewas pada separuh akhir pertama 1-3 di Kuwait lalu .

Kejayaan melangkah ke final Piala AFC telah melakar sejarah baru buat bola sepak tanah air dan Johor DT berpeluang untuk merangkul kejuaraan antarabangsa pertama jika mengalahkan kelab Tajikistan FC Istiklol di Dushanbe, Tajikistan pada 31 Oktober ini .

Semoga kelab dari Malaysia mampu meraih kejayaan di peringkat antarabangsa dan memberikan sedikit semangat buat semua pemain profesional di Malaysia untuk terus maju ke hadapan dalam sukan bolasepak peringkat antarabangsa .






0 comments:

Post a Comment