ads

Saturday, October 17, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Kerana Telefon Bimbit , Lelaki Pukul Anak Dengan Batang Kayu !!


Hanya kerana marahkan anak lelakinya bermain telefon bimbit miliknya, seorang lelaki tergamak memaki hamun dan memukul mangsa dengan kayu di kediaman mereka di Mergong, Rabu lalu.

Malah menurut isterinya yang berusia 41 tahun yang cuba menegur perbuatan suaminya, 40-an, turut menjadi mangsa apabila ditendang dan dibelasah suspek yang sedang marah .

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, wanita terbabit yang baru pulang dari rumah terkejut apabila mendapati suaminya memarahi anak mereka berusia 15 tahun kerana bermain telefon bimbit lelaki itu .

Menurut sumber lagi , pada mulanya mangsa hanya menegur secara baik dan meminta suaminya menasihat anak mereka dengan cara berhemah, namun gagal apabila lelaki itu mula melenting .

Akibatnya berlaku perselisihan faham antara kedua-duanya sehingga lelaki itu mula memaki hamun mereka anak beranak .

“Tidak cukup dengan itu sahaja , suspek yang gagal mengawal kemarahannya telah bertindak dengan mengambil sebatang kayu lalu memukul anaknya itu,” kata sumber itu.

Menurut sumber lagi , isterinya yang menghalang perbuatan itu turut menerima nasib sama apabila dipukul dengan batang kayu yang dipegangnya .

Tidak cukup dengan itu, suspek turut menendang mangsa selain bertindak merosakkan barangan di dalam rumah,” katanya.





0 comments:

Post a Comment