ads

Saturday, October 3, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Pemain Liga Super Dikejutkan - 'Jatuh Dari Tingkat Tiga' !!


Seorang wanita yang dipercayai merupakan kekasih kepada pemain bola sepak pasukan Liga Super parah selepas dia dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama ketika cuba melarikan diri bagi mengelak dicekup oleh warden asrama pusat latihan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.15 pagi, pemain berusia 21 tahun itu telah dikesan membawa masuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 20 tahun ke bilik penginapannya di tingkat tiga asrama berkenaan .

Walau Bagaimanapun, tindakan lelaki itu yang menggunakan lif pengangkut barangan telah berjaya dihidu warden asrama menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut sumber lagi, warden bersama beberapa anggota keselamatan mengadakan pemeriksaan dari bilik ke bilik .

Menurutnya lagi , pada mulanya lelaki terbabit ditemui seorang diri di dalam bilik sebelum penghuni yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi bising di tingkat satu asrama berkenaan .

“Warden melakukan pemeriksaan di aras satu sebelum menjumpai seorang wanita terbaring kesakitan .
“Wanita yang terbabit dipercayai individu yang sama dikesan dibawa masuk oleh pemain bola sepak itu ,” ujarnya.

Menurut sumber berkata, pemeriksaan telah mendapati wanita itu terjatuh dari tingkat tiga dipercayai cuba untuk melarikan diri bagi mengelak dirinya ditangkap selepas pemain lelaki terbabit mendengar pemeriksaan mengejut akan dilakukan dari bilik ke bilik.

“Wanita yang juga merupakan pelajar jurusan farmasi itu telah patah tulang betis, pergelangan kaki serta berkemungkinan tulang belakang . Mangsa kini telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut .

“Pemain bola sepak berkenaan juga telah ditahan di bahagian keselamatan asrama sehingga siasatan selesai dijalankan ke atasnya ,” ujarnya panjang .

sumber : Harian Metro




0 comments:

Post a Comment