ads

Saturday, October 3, 2015

Filled Under:

JOM TENGOK GAMBAR !! 5 Perkahwinan Artis Malaysia Paling Sensasi Di Malaysia !!


Pastinya kalau bercerita mengenai majlis perkahwinan , ramai yang teruja lebih-lebih lagi ianya seakan menjadi topik harian di kalangan rakyat di Malaysia.

Tambahan pula sekiranya perkahwinan itu melibatkan pasangan dari golongan ternama seperti artis, ahli sukan, tokoh politik dan kerabat diraja .

Di Malaysia , perkahwinan selebriti adalah sesuatu yang menjadi bualan hangat dan pertanyaan yang sering ditanya antaranya , Apakah konsep perkahwinan tersebut?  Berapakah nilai hantarannya? Cantik atau tidak persalinan pasangan pengantin itu? dan segalanya akan diperbincangkan serta menjadi bualan hangat sehingga majlis berlangsung .

Namun ianya semua bergantung kepada kemeriahan sesebuah majls perkahwinan sehingga ianya boleh dilabelkan sebagai ‘Wedding Of The Year’.
Jom kita soroti setiap majlis yang berlangsung sepanjang tahun .


Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Tinggi
Mauzin Hamzah Dan Pengiran Sufri (11 Disember 1987)



Jika masih kita ingat penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M iaitu Mauzin ( mazuin) Hamzah yang telah mendirikan rumahtangganya dengan kerabat diraja Brunei iaitu Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan wang hantaran bernilai satu juta ringgit pada masa itu. 

Apa yang menarik mengenai Mazuin yang juga merupakan artis wanita pertama yang mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja paling kaya di dunia. Walau bagaimanapun perkahwinan itu hanya bertahan selama 17 tahun sahaja dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bercerai.


Perkahwinan Diserbu Ramai Peminat Tanpa Undangan
Ziana Zain dan Armin Zaharin (2 Mei 1998)



Penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain memang cukup popular pada era 90an dan tidak dinafikan lagi sehingga kini ianya kekal menjadi pujaan ramai. Menarik mengenai perkahwinan kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini ialah majlis perkahwinan bersama suaminya yang juga merupakan salah seorang kakitangan MAS telah diserbu hampir 15,000 peminat yang tidak diundang dan cukup mengejutkan !

Oleh kerana perkahwinan itu ,  Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy Dato Ahmad Daud yang merupakan pengacara Melodi telah disaman Azwan Ali kerana mendakwa Azwan  kononnya makan hati kerana penyanyi kegemarannya itu sudah berkahwin .


Perkahwinan Duda Paling Laku Di Malaysia
Datuk M. Nasir Dan Marlia Musa (31 Ogos 2000)



Pastinya siapa yang tidak terpesona dengan personaliti yang dimiliki penyanyi dan komposer terkenal kelahiran Singapura, Datuk M. Nasir. Selepas pemergian isterinya, Allahyarhamah Junainah Johari, rasanya ramai wanita yang cuba mendampingi vokalis kumpulan Kembara ini. 

Namun begitu pada tahun 2000, dunia seni hiburan telah dikejutkan dengan khabar M. Nasir bakal mendirikan rumahtangga dengan pelakon Marlia Musa yang diakui merupakan cinta pertamanya. 

Perkahwinan mereka bagaimanapun turut mencetuskan pelbagai kontroversi kerana ibu Marlia Musa dilaporkan tidak berkenan M Nasir untuk menjadi menantunya. Bagaimanapun perkahwinan mereka tetap berlangsung dan diserikan dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai  hampir RM2,000.


Perkahwinan Wedding Of The Year Yang Ditaja Paling Singkat Bertahan
Erra Fazira dan Yusry KRU (15 Mac 2003)


Ramai peminat yang melabelkan meraka sebagai  pasangan yang ideal kerana kecantikan semulajadi yang dimiliki Erra Fazira serta ketampanan yang dimiliki Yusry KRU . Sebaik saja  kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga, ramai pihak yang mahu menaja perkahwinan Erra dan Yusry .

Malah sewaktu di hari persandingan mereka yang berlangsung di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, ianya telah dihadiri hampir 10,000 peminat dan telah diumumkan sebagai ‘Wedding of the Year 2003’. Apa yang lebih menarik mengenai  perkahwinan Erra dan Yusry ialah  mereka telah menggunakan tarikh unik seperti hari pernikahan 15-3-2003, dengan wang hantaran bernilai RM33,333.33.

Namun begitu , malangnya perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama dan akhirnya mereka berpisah secara rasmi pada 16 Jun 2006.


Perkahwinan Yang Paling Dinanti-nantikan Ramai
Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21 Ogos 2006)



Pastinya ramai yang cukup mengenali dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Selepas hampir berbulan-bulannya timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungan  Siti dengan Datuk K di media hiburan tempatan, akhirnya Siti  telah membuat sidang media mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan duda tersebut . 

Sidang media tersebut juga telah diadakan selepas sehari Dato'K menyelesaikan kes cerai dan pembahagian  harta di mahkamah dengan bekas isterinya.  Maka ramai kaum adam yang ‘makan hati’ dan kecewa dengan pilihan Siti Nurhaliza yang memilih seorang duda sebagai teman hidup .

Namun begitu , pertunangan mereka yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan dan turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen manakala majlis perkahwinan mereka juga telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dan ianya telah ditonton oleh seramai 6.3 juta peminat di Malaysia dan juga Indonesia.

 sumber : astro gempak





0 comments:

Post a Comment