Jika dilihat dari luar, ia akan kelihatan seperti van biasa yang disaluti rumput dan diletak di tepi jalan sahaja .
Namun bagaimanapun, apabila dilihat dari jarak dekat ianya merupakan kenderaan itu memiliki keistimewaan tersendiri kerana ianya telah diubah suai untuk pengembaraan menjelajah dunia oleh satu keluarga yang berasal dari Jerman.
Van itu yang dimiliki oleh pasangan Tobias Lehmann, 31, dan isteri Carolin Feneis, 33, itu dilengkapi dengan tong simpanan air, dapur kecil, sinki, kabinet untuk menempatkan perkakasan dapur, meja makan untuk dua orang serta sofa yang juga merupakan katil mereka .
Ketika ditanya Lehman berkata, mereka amat gemarkan aktiviti menjelajah dan pengembaraan menggunakan pelbagai kenderaan sehinggalah mendapat idea untuk menjelajah dunia menggunakan van yang dibeli di Australia itu, selepas kelahiran anak mereka .
"Selepas kelahiran anak lelaki kami, Max Feneis di Australia, yang kini berusia 17 bulan, kami telah membuat keputusan untuk meneruskan pengembaraan ke New Zealand selama enam bulan sebelum kami kembali ke Australia bersama van berkenaan," ujarnya.
Difahamkan lagi , pasangan itu bersama anak lelakinya telah dua bulan berada di Malaysia, dan akan menyambung siri jelajah mereka ke negara seterusnya selepas visa melancong di sini, selama tiga bulan tamat .
Sebelum mereka tiba di Pulau Pinang sebulan yang lalu, pasangan itu telah menjelajah ke beberapa tempat, antaranya ke Kuala Terengganu, Kuala Lumpur dan Kota Bharu .
"Selepas 13 Oktober ini , kami bercadang menjelajah ke beberapa negara di Asia seperti Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar, India, Pakistan dan Iran .
"Setakat ini, kami telah menjelajah negara Eropah seperti Poland, Latvia, Rusia, Mongolia, China, Tibet, Nepal dan banyak lagi," ujar Lehman yang juga merupakan ahli fisioterapi.
Sementara itu, seorang rakyat tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam, 42, berkata, beliau sangat mengenali pasangan itu dua tahun lalu melalui laman web untuk penjelajahan, dan mempelawa mereka untuk ke Malaysia.
"Saya berharap pasangan itu berjaya melengkapkan siri jelajah mereka ke seluruh dunia dan mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju nanti ," ujar Sam lagi .
Jom Tengok beberapa kenderaan rumput yang cukup popular pada ketika ini..
sumber : Harian Metro
0 comments:
Post a Comment