Diantara lelaki dan wanita mempunyai daya tarikan mereka masing-masing . Seorang lelaki kekacakan yang ada pada diri mereka diukur melalui gaya dan penampilannya .Walau bagaimanapun istilah kacak kepada kebanyakan lelaki cukup subjektif dan sukar untuk ditafsirkan .
Ianya bukan sahaja menjurus kepada paras rupa dan penampilan mereka semata-mata akan tetapi paling utama adalah merujuk ke arah penampilan diri mereka sendiri .
Dalam soal ini, terdapat beberapa elemen penting yang menyokong keperibadian seorang lelaki adalah kematangannya apabila berbicara, tenang dan mempunyai pemikiran yang positif.
1) Nik Michael Imran, 24, Chef Selebriti
Walaupun persaingannya dalam rancangan realiti MasterChef Malaysia musim pertama terkandas di tengah jalan, ianya nyata bukan pengakhiran buat Nik Michael Imran Nik Ezar.
Dia semakin dikenali ramai menerusi pelbagai program masakan yang dikendalikannya, malah tukang masak kacak seperti Nik Michael menyifatkan ketampanan itu lebih merujuk kepada penampilan diri seseorang yang sentiasa berkeadaan bersih serta kemas.
Dia juga tidak merasakan dirinya sudah popular kerana mengendalikan program Tea Twist di saluran Asia Food Channel (AFC),.
Menurut Nik Micheal , apa yang diperolehinya kini adalah berkat kesabaran dan semangat tidak pernah kenal erti putus asa .
Kini dia sedang mengusahakan restorannya sendiri, Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur sejak setahun lalu .Menurut Nik Michael lelaki boleh kelihatan seksi apabila mereka beraksi di dapur!, ujarnya .
2)Anuar Zain, 44, Penyanyi
Pada usia lebih 40 tahun, Anuar Zain masih lagi kelihatan segak dan kacak dengan populariti yang bertahan agak lama .
Istilah kacak daripada kaca mata Anuar adalah terlalu subjektif dan ianya tertumpu kepada pandangan mata seseorang itu memandangnya . Walau bagaimanapun, kekacakan itu sebenarnya datang daripada jiwa yang sihat, bersih dan positif, ujarnya .
Kacak juga menurut Anuar boleh dinilai dari aspek ketrampilan diri melalui bahasa tubuh, perawakan tutur kata dan cara serta tatatertib dalam diri seseorang .
3)Josiah Hogan, 28, Pelakon
Pelakon meningkat naik, Josiah Hogan membuatkan dia kini tersenarai dalam kelompok artis lelaki kacak di Malaysia . Josiah bagaimanapun tidak melihat kekacakan yang dimiliki seseorang lelaki hanya terletak pada rupa paras semata-mata , sebaliknya bagi bapa kepada seorang anak itu istilah kacak lebih menjurus pada penampilan diri dan gaya.
Mengulas mengenai penilaiannya terhadap kacak atau cantiknya seseorang, Josiah berkata, dia lebih suka melihat pada cara seseorang berkomunikasi.
Ujarnya, komunikasi sangat penting dalam kehidupan seharian kerana cara seseorang itu bercakap sudah mampu menggambarkan sejauh mana tahap kematangannya mereka .
4)Shah Iskandar, 32, Pelakon
Pastinya ramai yang mengenali pelakon kacak Singapura ini Shah Iskandar apabila namanya kini semakin mendapat tempat dalam industri lakonan tanahair .
Shah juga boleh dikategori sebagai pelakon kacak oleh ribuan peminatnya diluar sana .
Shah juga berkata, dia melihat kekacakan yang dimiliki oleh seorang lelaki bukan sekadar pada penampilan diri dan gaya, sebaliknya perlulah bijak serta intelektual.
Menurutnya lagi, dia tidak begitu memandang pada penampilan dan gaya sebagai keutamaan dirinya tetapi cara pemikiran itu yang paling utama dan harus dinilai terlebih dahulu .
5)Aaron Aziz, 37, Pelakon/ Pengacara
Walaupun sudah berkeluarga dan memiliki tiga cahaya mata, Aaron Aziz masih lagi berbisa dan diminati ramai apatah lagi, sekiranya Aaron, melakonkan watak lelaki romantik. Ternyata wajah kacak yang dimiliki Aaron dengan bahasa tubuh serta bakatnya dalam dunia lakonan membuatkan dia masih mampu bertahan .
Bukan itu saja, gaya dan penampilannya juga membuatkan setakat ini jarang gagal di khalayak ramai.
6) Aiman Hakim Ridza, 24, Pelakon
Biarpun dia kecundang ketika dalam persaingan program Mentor 5 di bawah bimbingan penyanyi rock terkenal, Rahim Maarof, Aiman Hakim Ridza nampaknya lebih berbakat dalam dunia seni lakonan.
Dia mula melonjak naik dan mula dikenali peminat menerusi drama Vanila Coklat dan Aiman yang telah berjaya merangkul Anugerah Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH2012) lalu juga memiliki wajah kacak serta tubuh yang tinggi.
6)Awal Ashaari, 33, Pengacara/ Pelakon
Sebut sahaja nama Awal Ashaari, ianya bukan sekadar pengacara kacak berbakat, tetapi juga seorang suami kepada pelakon Scha Alyahya yang juga cukup dikenali dengan seorang selebriti yang up to date .
Dia memiliki wajah tampan dengan gayanya yang tersendiri apabila menghadiri majlis hiburan berprestij, tidak hairanlah Awal boleh dikategori dalam barisan selebriti kacak tanah air pada masa kini .
7) Remy Ishak, 32, Pelakon
Sekalipun dia pernah dilabelkan sebagai seorang yang panas baran , namun pelakon popular ini juga dilihat mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi.
Berkulit sawo matang, Remy tetap tampil kacak dan menawan dalam kelasnya yang tersendiri.
Bahkan, bintang filem dan drama Nur Kasih The Movie ini juga makin bijak bergaya.
0 comments:
Post a Comment