China - Pada 30 September yang lalu , pihak polis telah menerima panggilan daripada sebuah teksi yang mengadu bahawa terdapat seorang penumpang wanita tidak mahu membayar tambang sebanyak 27 Yuen .
Pihak polis dengan pantas tiba ditempat kejadian lalu meminta wanita itu untuk menjalani ujian alkohol .
Namun wanita itu bertindak sebaliknya apabila cuba menumbuk pemandu teksi terbabit .
Namun pemandu teksi telah bertindak dengan menampar muka wanita itu dengan pantas .
Wanita itu sekali lagi enggan berbuat demikian lalu berbaring dihadapan teksi sebagai membantah tindakan pihak polis untuk membuat ujian alkohol ke atasnya .
Pihak polis telah mengambil tindakan dengan mengusungnya keluar dari jalan raya ke balai polis berdekatan .
Teksi itu berlalu pergi selepas pihak polis membawa wanita terbabit ke balai polis .
Menurut maklumat , pihak polis telah menghubungi keluarga wanita terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut ke atasnya .
0 comments:
Post a Comment