Beberapa tips mengenali gadis pisau cukur adalah seperti dibawah :
1. Semasa dalam proses mengenali seorang lelaki , dia akan menggunakan segala aset yang dimilikinya untuk menggoda seseorang lelaki itu .
2. Pada kebiasaannya , perempuan pisau cukur ini orangnya lemah lembut, manis dan sangat-
sangat pandai berkata-kata. Selalunya pada permulaan hubungan dia tidak akan
meminta apa-apa. Akan tetapi lama kelamaan sampai botak si lelaki untuk memenuhi segala permintaannya.
3. Agak seksi dan begitu menggoda sehingga mudah mencairkan seorang lelaki .
4. Berperwatakan seperti mewah untuk meyakinkan lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta si lelaki untuk hidup senang.
5. Selalunya mempunyai kenangan pahit tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau diperlakukan sesuatu oleh seorang lelaki
sehinggakan dia menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat untuk membalas dendam kepada
semua lelaki.
6.Apabila sudah agak lama berkawan dia akan mula meminta-minta . Selalunya permintaannya akan bermula
sedikit demi sedikit. Contohnya buat permulaan dia akan meminta telefon bimbit. Kemudian dia akan meminta lebih lagi dan lebih besar .
7. Selalunya tiada perasaan cemburu dalam dirinya . Tidak mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. Tidak mengira status seseorang
lelaki itu sama ada berkahwin atau bujang asalkan banyak harta dan wang.
8. Mudah untuk dibawa kemana-mana tanpa sebarang sekatan. Baginya asalkan tempat yang hendak dituju boleh memberi
manfaat kepadanya contohnya membeli belah di shoping kompleks .
9. Selalunya tidak akan menceritakan latar belakang keluarganya pada seseorang lelaki itu . Jika ditanya , selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi tidak
mustahil jika sudah berbulan-bulan berkawan anda masih tidak tahu asal usulnya .
10. Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia akan mencari kesalahan lelaki
tersebut untuk meninggalkannya.
0 comments:
Post a Comment