ads

Tuesday, October 6, 2015

Filled Under:

JOM TERJAH !! Mengapa Wanita Lebih Cepat Tua Berbanding Lelaki !!



Seperti yang kita tahu wanita rajin memakai pelembab untuk menahan kulit keriput terlalu awal. Tapi kulit wanita masih kelihatan cepat tua berbanding lelaki walaupun lelaki jarang memakai pelembab di muka.


Ramai penyelidik sudah menduga hal ini sejak sekian lama, namun kajian ini menunjukkan bukti yang lebih saintifik. Dalam Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad nahai, seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit seorang wanita .


Perbezaan ini ternyata disebabkan karena wanita mempunyai kelenjar peluh (sebaceous glands) yang lebih sedikit daripada lelaki,” ujar Dr Moshe Kon dari University Medical Centre Utrecht.

Sebaceous glands atau kelenjar peluh berfungsi untuk mengeluarkan minyak yang akan membuat kulit tetap kelihatan lembut. Pada wanita, jumlah kelenjar tersebut sangat sedikit sehingga seiring berjalannya waktu, wanita akan kelihatan lebih tua berbanding lelaki, terutamanya di daerah sekitar mulut yang akan lebih berkeriput.

Penyelidik juga memfokuskan kajian pada daerah wajah, iaitu pada bahagian sekitar mulut, baik atas sebelah maupun bawah. Selain kelenjar keringat yang lebih sedikit, yang membuat wajah seorang wanita kelihatan lebih tua berbanding lelaki adalah kerana kurangnya pembuluh darah yang mengalir di daerah mulut.

Otot-otot mulut yang terdapat pada wanita juga lebih dekat pada kulit. Akibatnya kulit akan tertarik dengan kuat tapi lebih cepat pula berkeriput. Kelebihan lelaki yang membuatnya lebih awet muda daripada wanita  juga terdapat pada kelenjar peluh dalam setiap folikel di rambutnya.

Lelaki punya kelenjar keringat lebih banyak per setiap folikel rambutnya yang akan membuat kulitnya lebih lambat mengalami penuaan,” kata Dr Kon.

Beberapa faktor utama penuaan  lebih cepat pada wanita juga disebabkan oleh menipisnya hormon estrogen menjelang masa menopause yang membuat aliran darah berkurangan sedikit dan menyebabkan garis-garis halus dan kerutan di kulit berlaku .

Satu penemuan penting dari kajian  adalah, tulang rahang wanita akan menciut lebih cepat jika sudah tua berbanding lelaki.  Akibatnya, bahagian untuk menopang kulit tidak kelihatan lagi dan akhirnya muncullah kerutan pada kulit .


Cara paling baik agar kulit tetap terlihat muda adalah mengelakkan merokok, sinar matahari dan usahakan pakai pelembab kemanapun anda pergi,” kata Dr Jessie Cheung, dermatolog dari NYU Langone Medical Centre, New York City.




0 comments:

Post a Comment