5 Tips untuk Anda Kekal Muda Seperti Dara :
1. Tidur Yang Cukup
Kehidupan seharian yang agak sibuk kadang-kala mengakibatkan seseorang individu itu mengabaikan waktu tidur mereka. Mungkin
ramai yang tidak tahu dimana manusia mempunyai waktu tidur yang konsisten setiap hari dapat menjana semula tenaga yang hilang akibat
keletihan seharian bekerja. Maka penting untuk seseorang itu untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya
7-8 jam sehari. Ini kerana badan manusia akan berehat sepenuhnya ketika mereka tidur.
2. Minum Air Kosong
Air kosong adalah cara terbaik dan termurah untuk mengekalkan awet muda. Di mana anda perlu tahu sekitar 80% tubuh manusia
terdiri daripada air. Apa guna menggunakan produk kecantikan yang mahal untuk penjagaan wajah namun kurang minum air
yang anda sedia maklum mempunyai banyak kelebihan semulajadi dengan cara meminum sebanyak mana air kosong yang anda mampu.
Elakkan alasan malas untuk membuang air kecil banyak kali dan sebagainya. Tiada alasan jika kita mampu mendisiplinkan diri
sendiri untuk kekal muda .
3. Hindari Tekanan
Hanya orang gila sahaja yang tidak tertekan dalam kehidupannya ! Itulah ungkapan yang sering kita dengari namun anda silap kerana tekanan jugalah yang mampu mengakibatkan seseorang itu hilang kewarasan diri. Namun begitu, tahukah anda bahawa tekanan itu mampu menjadikan seseorang itu kelihatan
tua sebelum usianya . Walaupun tekanan dan manusia tidak dapat dipisahkan , namun pokok pangkalnya anda sendiri sahaja mampu
mengawal setiap tekanan yang datang kepada anda . Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana untuk mencari jalan
penyelesaian untuk menanganinya .
4. Senyum
Senyuman itu mudah bukan? Hanya perlu senyum untuk kelihatan lebih muda. Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka akan digerakkan untuk membentuk senyuman berbanding 43 otot digunakan apabila seseorang itu sedang marah atau bermasam
muka. Senyum itu bukan sahaja merupakan sedekah, malah ianya percuma. Malah sebuah senyuman juga dapat mengubah keadaan
emosi anda menjadi lebih ceria dan positif . Oleh itu jangan lupa untuk lengkapkan hari anda dengan senyuman.
5. Bersenam
Bersenam adalah aktiviti paling sukar dan paling malas untuk dilakukan secara konsisten oleh kebanyakan individu pada masa sekarang . Senaman
juga bukan hanya tertumpu pada “jogging” atau pergi ke gym semata . Namun sebagai permulaan anda hanya perlu
melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemas rumah, menaiki tangga dan sebagainya. Sudah memadai jika anda
meluangkan masa 3 kali seminggu, tetapi bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja ya . Oleh itu selamat mencuba !
0 comments:
Post a Comment