ads

Friday, October 9, 2015

Filled Under:

MEMANG SEDIH !! Hanya Makan Rumput , Buah Dan hanyutkan Mayat Rakan Yang Telah Mati !!


Menurut Mirsudial dan Norieen, dua pelajar orang asli yang ditemui petang tadi selepas dilaporkan hilang selama 48 hari berkata mereka cuma makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan untuk meneruskan hidup mereka .

Mirsudial dan Norieen adalah antara 7 pelajar yang telah dilaporkan hilang selepas dikatakan melarikan diri kerana takut dimarahi guru kerana mandi sungai tanpa kebenaran guru pada 23 Ogos lepas.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, Mirsudial dan Norieen juga turut menyatakan mereka bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia.



"Difahamkan mangsa yang masih hidup telah bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasi sebagai hilang.


"Tiga mayat yang telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh anggota keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan," kata beliau.

sumber




0 comments:

Post a Comment