ads

Saturday, October 10, 2015

Filled Under:
,

JOM BACA !! Gambar Jackie Chan Peluk Islam Yang Dikongsi Dilaman Sosial Adalah Palsu !!


Sejak semalam lagi ianya sudah menjadi viral dilaman sosial apabila sekeping gambar menunjukkan pelakon terkenal China, Jackie Chan dikatakan telah memeluk Islam.


Gambar berkenaan yang telah dimuatnaik oleh seorang gadis di laman Facebooknya dengan kapsyen berbunyi,"Alhamdulillah/// jackie chan kini sdh mnjadi muslim dan bertukar nama kpd Abdullah chan. Allahuakbar///



Gambar berkenaan juga telah mendapat perhatian ramai pengguna facebook di mana sehingga kini jumlah perkongsiannya telah mencecah sebanyak 17.5 ribu kali, 134 ribu sukaan dan 13 ribu komen.


Namun begitu , tahukah anda bahawa kapsyen berkenaan adalah palsu dan gambar yang telah dimuat naik berkenaan adalah gambar terbaru Jackie Chan yang sedang berada di Dubai untuk menjayakan filem terbarunya bertajuk "Kung Fu Yoga" dan bukannya gambar beliau baru balik menunaikan haji seperti didakwa oleh gadis berkenaan.

Apa yang menarik perhatian lagi , gadis berkenaan siap meletakkan rujukan BBC World dan berdasarkan carian kami tidak menjumpai apa-apa berita mengenai apa yang telah disebarkannya itu di dalam web berita antarabangsa berkenaan.



Memetik laporan Gulfnews, gambar yang menunjukkan Jackie memakai pakaian tradisional UAE, kanduraitu itu telah menjadi viral di sana kerana keterujaan rakayat UAE melihat penampilan pelakon terkenal antarabangsa itu memakai pakaian tradisional mereka.


Berikut adalah video Jackie Chan semasa berada ni Dubai.

                   






0 comments:

Post a Comment