ads

Saturday, October 10, 2015

Filled Under:

JOM BACA !! ABANG - Adik Sempat Telefon Tanya Persiapan Kenduri Sambut Menantu !!



Semalam, ramai rakyat Malaysia telah meluahkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa sepasang pengantin dan keluarganya apabila mereka telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di jalan raya di KM93, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, Jerteh di sini pada jam 2.20 petang tadi.


Kejadian itu telah menyebabkan pengantin lelaki Muhamad Norizan Mohd Noor, 20, ibu mertuanya Rozila Jusoh, 42, dan dua adik iparnya Norma Mohd Zaki, 15, dan Muhammad Haikal Zaki, 2 maut manakala pengantin perempuan mengalami cedera parah selepas tangan dan peha kirinya patah .

Berdasarkan laporan , ketika kejadian itu berlaku mereka berlima yang berada di dalam sebuah kereta jenis Produa Viva yang dipandu Norizan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Setiu sebelum kenderaan jenis Perodua Viva itu terbabas setelah melanggar sebuah kereta sebelum memasuki laluan bertentangan dan menyebabkan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu gagal mengelak lalu merempuh mereka secara berhadapan .



Menurut abang mangsa , Mohamad Nazri, 29, beliau ternyata terkejut mendengar berita ini di mana sebelum itu adiknya ada berjumpanya untuk meminjam kereta Viva miliknya bagi menjemput pengantin perempuan dan keluarganya bagi majlis menyambut menantu di kediamannya di Kampung Gong Terap, Setiu.

  
Ujarnya lagi, majlis nikah adiknya itu akan diadakan pada malam Rabu lepas di rumah pengantin perempuan di Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan.
  
"Ketika dalam perjalanan pulang, arwah adik ada menghubungi saya dan bertanyakan tentang persiapan majlis kenduri di rumah bagi menyambut kedatangan adik ipar saya ke kampung kami," ujarnya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Besut .

Suami Rozila, Zaki Abdullah, 45 berkata beliau reda dengan pemergian isteri dan dua anaknya serta menantunya yang belum sempat dikenali dengan lebih dekat lagi .









0 comments:

Post a Comment