ads

Saturday, October 10, 2015

Filled Under:

JOM BACA !! Tersebar Berita Palsu Pengantin Perempuan Terkorban Dalam Kemalangan !!



Semalam kita telah digemparkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan sepasang pasangan pengantin yang baru sahaja diijabkabulkan bersama keluarganya .


Dalam kemalangan ngeri tersebut, pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, telah terkorban dalam nahas tersebut manakala pengantin perempuan, Noraliza, 18, cedera parah, dimana kemalangan itu juga telah mengorbankan ibu pengantin Noraliza, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, 2, yang berasal dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.


Kemalangan ngeri ini telah menjadi bualan mulut ramai dan ditangisi ramai orang, tetapi disebalik tragedi ini ada berita yang tidak enak didengar apabila ianya mula menjadi viral sejak semalam dimana satu berita kononnya pengantin perempuan juga turut meninggal dunia.



Berita ini telah dikongsikan oleh ramai pengguna Facebook dan juga pengguna aplikasi Whattaps di laman sosial .



Disebabkan penyebaran berita palsu berkenaan , ternyata mungkin membuatkan keluarga mangsa telah terguris hati disebabkan ianya semakin tersebar begitu meluas . Walau bagaimanapun kakak ipar kepada pengantin perempuan telah menafikan berita berkenaan melalui laman fb bagi membetulkan keadaan .



Kakak ipar mangsa, Puan Noraizan Bte Awang berkata , berita tentang kematian adik iparnya itu adalah tidak benar sama sekali kerana Noraliza kini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu .


Beliau juga memberitahu bahawa keluarganya nyata kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan kerana mereka kini masih bersedih dengan pemergian pengantin lelaki dan adik iparnya pula masih kritikal di hospital .




"Saya berharap sangat kepada sesiapa yang memuatnaik status palsu itu supaya dapat memadamnya kerana berita itu adalah tidak betul sama sekali ."

"Suami saya kini berada di HSNZ menunggu adik perempuan kami kerana dia telah dimasukkan nama sebagai waris kepada adik," ujarnya yang keletihan semasa dihubungi media .

Beliau juga meminta kepada semua diluar sana supaya mendoakan adik iparnya itu selamat dan cepat sembuh seperti sediakala .


Selain itu juga , pegawai penyiasat dari balai Ibu Pejabat Besut turut menafikan kesahihan berita palsu tersebut .

Semoga keluarga mangsa yang terlibat dapat bersabar dengan ujian tuhan . Diharapkan pengantin perempuan akan cepat sembuh seperti biasa . Bagi yang diluar sana yang menyebarkan berita palsu tersebut moga-moga diberikan hidayah agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu .






0 comments:

Post a Comment