ads

Saturday, October 10, 2015

Filled Under:

JOM TENGOK VIDEO !! TV Boleh Gulung Mula Diperkenalkan !!


Kalau suatu ketika dahulu LG berjaya memperkenalkan model televisyen yang paling nipis sehingga apabila dilekatkan pada dinding ianya pula di ibarat wallpaper pada dinding .

Terkini, LG sekali lagi muncul dengan model yang mana lebih canggih yang mungkin tidak pernah terlintas perkara seperti ini akan dikeluarkan .

Firma elektronik dari Korea Selatan kini dilaporkan akan mempamerkan televisyen yang bersaiz kecil dan nipis tetapi yang menariknya kali ini ia boleh digulung dengan ukur lilit 3 sentimeter tanpa menjejaskan struktur lapisannya. Sekiranya tidak diperjelaskan anda mungkin akan menyangkakan bahawa ianya adalah kertas biasa .

Walau bagaimanapun ianya masih menggunakan teknologi televisyen yang dikeluarkannya sebelum ini di mana paling nipis di dunia iaitu OLED ataupun Organic Light-Emitting Diode.

Teknologi OLED tersebut telah diubahsuai supaya boleh digulung dan simpan dengan selamat. Walau bagaimanapun sebagai permulaan, LG hanya mencipta TV yang bersaiz kecil iaitu berukuran 18 inci sahaja sebelum memperbesarkan saiz model barunya itu kepada lebih 60 inci menjelang 2017 kelak.



Idea prototaip model canggih ini sebenarnya sudah didedahkan kepada orang ramai sejak tahun lalu dan kini ianya bakal dipamerkan menerusi persidangan Society for Information Display 2015 yang akan berlangsung pada hari ini.

Skrin OLED ini mampu mengeluarkan cahaya sendiri dan tidak memerlukan bantuan backlight ataupun cahaya belakang seperti model televisyen jenis 'flat screen' biasa dan oleh kerana itulah LG mampu menghasilkan televisyen yang sangat nipis dan canggih .

Apa lagi jom kita dapatkannya !

Jom tengok video yang telah disediakan dibawah :

            

sumber




0 comments:

Post a Comment