ads

Sunday, October 11, 2015

Filled Under:

JOM BACA BERITA !! Mimi Lana Tidur Lokap 11 Hari , Dakwa Dia Mangsa Keadaan !!


Berita mengenai pelakon baru, Mimi Lana ditahan oleh pihak polis kerana terdapat bahan dipercayai ganja di rumahnya cukup membuatkan  diri terkesan dan apa yang lebih menyedihkan, sebenarnya dia menjadi mangsa kepada suspek yang kini masih ditahan polis  .

Mimi menjelaskan bahawa dia hanya menyewa di rumah berkenaan dan kerana terlalu penat setelah pulang dari penggambaran di Pulau Pinang, dia terus tertidur. Namun Mimi berada di tempat dan waktu yang salah sehinggalah dia dan rakan telah ditahan oleh pihak polis.
Saya telah direman 11 hari kerana kes ini besar. Apabila berita penahanan saya menjadi viral, terutama di laman maya, ia memberi sedik sebanyak impak besar kepada kerjayanya . Ada maklumat yang disebarkan tidak benar. Saya kecewa apabila dianggap seperti penjenayah, sedangkan saya ditahan bagi membantu siasatan”.
“Saya bukan pengedar dadah! Ketika direman, saya menangis siang malam memikirkan kerjaya lakonan yang baru bermula mungkin hancur berkecai. Masa depan saya gelap. Saya bertambah sedih apabila ibu bapa di kampung yang terpaksa menanggung malu besar,” jelasnya .
Suspek yang turut menyewa di rumah berkenaan sehingga kini masih lagi ditahan pihak polis. Semoga apa yang terjadi kepada Mimi turut memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada orang lain agar tidak menyewa rumah bersama orang lain yang tidak dikenali .












0 comments:

Post a Comment