Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah membawa bahagia . Begitulah yang biasa kita dengar dicorong-corong radio betapa kasihnya ibu dan bapa kepada anak-anaknya .
Namun apa yang cukup menarik perhatian admin adalah kisah kasihnya seorang anak yang cukup luar biasa dimana dia menjaga ibunya yang gila dengan penuh kasih sayang seusia 9 tahun .
Dia juga memiliki seorang ayah yang bekerja sebagai buruh kasar . Namun kasih sayangnya pada kedua orang tuanya cukup membuatkan hati admin tersentuh malah sesiapa sahaja yang bergelar ibubapa .
Dari usia yang sebegitu dia sudah mula menggalas tugas sebagai ibu dalam keluarganya dengan memasak, membasuh pakaian dan semua pekerjaan di rumah adalah tugasnya .
Tugasnya itu bukanlah satu tugas yang mudah bagi seorang kanak-kanak yang seusianya apatah lagi menjaga ibu yang gila di rumah . Chen Haixun memang seorag anak yang cukup luar biasa bak kata pepatah sejuk perut ibu mengandung seandainya mendapat anak sepertinya .
Apa yang lebih menyentuh hati admin apabila Haixun ditanyakan soalan , "Jika kamu diberikan satu permintaan dalam hidup kamu , apakah yang kamu mahukan ? Lantas Haixun menjawab "Saya mahukan ibu saya sembuh dari penyakitnya", ujarnya sambil menitiskan air mata .
Begitu tersentuh hati admin mendengarnya sehingga dalam tidak sedar air mata ini menitis perlahan membasahi pipi . Oleh itu diharapkan kepada semua yang ada diluar sana , hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada didunia ini kerana tanpa mereka siapalah kita . kasihmu ibu sampai ke syurga !!
Mari kita bersama-sama mengikuti kisah yang disampaikan dalam video yang cukup menyentuh hati dan kadang kala pernah tak kita tertanyakan hati kita , mampu aku lakukan seperti itu tatkala kita berada di situasi Haixun ? Sama-samalah kita renungkan .
0 comments:
Post a Comment