Menurut salah seorang kanak-kanak orang asli yang ditemui
masih hidup selepas hilang selama 48 hari berkata hanya mereka berdua sahaja
yang masih lagi hidup manakala lima yang lain rakannya sudah pun meninggal dunia.
Menurut Siti Kasim, peguam yang telah dilantik untuk
menjaga kebajikan keluarga mangsa, perkara itu telah diberitahu oleh Noreen Yaacob,
10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.
Namun, Siti Kasim memberitahu, maklumat tersebut
disampaikan kepadanya oleh adik kepada Midah, Henry Angah di Hospital Gua
Musang sebelum kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II
di Kota Bharu.
"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah
Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan
Linda Rosli, 8.
"Dia beritahu semua rakannya mati kerana
kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai
Perias, " katanya lagi.
Noreen juga turut mendakwa mereka telah diberi makan oleh
'seseorang' yang menyebabkan mereka masih hidup sampai ke hari ini.
“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak
dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana
mereka masih keletihan," katanya memetik laporan mymetro .
0 comments:
Post a Comment