ads

Monday, October 19, 2015

Filled Under:

JOM TENGOK !! 6 Makanan Paling Dirindui Apabila Kita Diluar Negara !!


Ianya bukanlah perkara baru lagi , jika kita berada di luar negara untuk satu tempoh masa yang agak lama , selain rindukan masakan yang tersayang perkara kedua terdetik di hati pastilah makanan tempatan yang biasa kita makan .
Jika anda pernah berada di luar negara untuk tempoh lebih daripada 72 jam, pasti kerinduan terhadap makan makanan tempatan akan mula bermain di fikiran anda . Tidak percaya !

Walaupun berada di Malaysia, bukanlah setiap hari kita makan nasi lemak tetapi jika berada di luar negara hidangan inilah yang paling kita inginkan . Lebih-lebih lagi jika sudah beberapa kali menjamah kebab atau makanan asing di luar negara .


Sarapan di mana-mana negara di dunia ini tidak akan dapat menandingi sekeping roti canai banjir dengan kuah kari dan dalca pilihan anda. Ianya semestinya menjadi igauan anda apabila berada di negara asing .


Selain daripada itu juga , tidak akan anda jumpa kedai di mana mana di dunia ini yang buka 24 jam dan menawarkan lauk yang cukup mewah sama ada 2 petang atau 2 pagi selain daripada restoran mamak di negara kita .

Buah ini merupakan buah yang ada secara bermusim dan jika anda jumpa di luar negara pun, mungkin harganya cukup mahal sekali . Kelemakan dan manis isinya memang tiada tandingan walaupun di gelato Trevi Fountain.
Bayangkan, anda berada di luar dengan cuaca mencecah 10 darjah Celcius, apakah juadah paling enak untuk panaskan badan? Tentunya laksa penang yang cukup terkenal dengan keenakkan rasanya .

Walaupun ianya bukan makanan tradisional kita, makanan ini mempunyai tempatnya yang tersendiri dalam hati rakyat Malaysia. Tiada sandwich mahu pun lobster roll di luar negara yang mampu menandingi kandungan isi Roti John yang sentiasa buat kita terliur apabila melihatnya .

Oleh itu apabila anda di luar negara, apakah makanan tempatan yang paling anda rindukan? bisik-bisik ya !





0 comments:

Post a Comment