ads

Friday, October 9, 2015

Filled Under:

JOM BACA !! Kronologi Kisah Kehilangan Pelajar Orang Asli SK Pos Tohoi Gua Musang !!


Mari bersama-sama kita menyelami kronologi kehilangan pelajar orang asli Sk Pos Tohoi Gua Musang .


23 Ogos 2015:

- Tujuh orang pelajar Orang Asli dari SK Pos Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang kerana takut dikenakan denda kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.


23 Ogos 2015:

- Tujuh orang pelajar Orang Asli dari SK Pos Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang kerana takut dikenakan denda kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.


25 Ogos 2015:

- Operasi mencari dijalankan oleh penduduk kampung, pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli selepas laporan polis dibuat.


29 Ogos 2015:

- Kawasan pencarian diperluaskan selepas pihak polis percaya kanak-kanak tersebut berkemungkinan tersesat dalam hutan ketika mencari makanan.


1 Sept 2015:

- Polis membuat pendedahan sepasang stoking yang ditemui. Polis percaya ia menjadi petunjuk baru dalam kes ini. Bagaimanapun, stoking kemudian disahkan bukan milik mana-mana pelajar yang hilang.


17 Sept 2015:

- Operasi mencari diperluaskan sehingga 140 KM dan melibatkan JPM, RELA, JAKOA serta penduduk.


28 Sept 2015:

- Selepas 37 hari hilang, Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi menemui keluarga pelajar dan berkata elemen culik turut diambil kira.



7 Okt 2015:

- Mayat salah salah seorang pelajar ditemui dalam keadaan reput oleh penduduk kampung di Sungai Perias.


8 Okt  2015:

- Mayat reput yang ditemui pada 7 Okt disahkan sebagai Sasa Sobrie.
- Polis mengesahkan penemuan satu tengkorak dan rangka kanak-kanak pada 3.50 petang.



9 Okt 2015:

- Dua dari tujuh pelajar Orang Asli, Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11 ditemui di dalam   

 hutan berhampiran dengan Sungai Perias.

-Dua pelajar itu ditemui bersama satu mayat perempuan.
-Polis sahkan mayat yang ditemui pada 8 Okt sebagai Ika Ayel.





0 comments:

Post a Comment