ads

Friday, October 9, 2015

Filled Under:

JOM TENGOK VIDEO !! Penemuan Dua Pelajar Orang Asli Dalam Keadaan Yang Cukup Menyedihkan !!


Menurut maklumat , pasukan penyelamat yang melakukan operasi pencarian di Sungai Perias,  telah berjaya menemui dua kanak-kanak orang asli yang hilang sejak lebih sebulan lalu dalam keadaan selamat di sini pada Jumaat.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengesahkan penemuan tersebut.

Dua kanak-kanak yang ditemui dikenal pasti sebagai Norieen Yakob, 10, dan Mirsudial Aluj, 11.


Pemberita yang berada di lokasi pencarian telah melaporkan bahawa kedua-dua mangsa berada dalam keadaan lemah dan kelihatan kurus sekali .

Kakitangan perubatan yang berada di SK Tohoi telah memberikan rawatan dengan serta-merta sebelum mereka dihantar ke Hospital Besar Gua Musang kira-kira pukul 2 petang Jumaat .

Pada petang Khamis kelmarin , sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, turut ditemui di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata, rangka berkenaan iaitu berupa tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk, ditemui pada jam 3.50 petang.



Beliau juga berkata , rangka itu ditemui kira-kira 800 meter dari mayat Sasa Sobrie, 8, salah seorang daripada tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos, yang ditemui pada petang Rabu.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka  dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Jom tengok video penemuan dua kanak-kanak itu sebentar tadi yang cukup menyayat hati .






0 comments:

Post a Comment