ads

Sunday, January 11, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Tip Mendekatkan Diri Anda Dengan Jodoh !!



Jangan Lewat Menyatakan Hasrat di Hati

Jika seseorang wanita itu meminati lelaki, luahkan dengan mengambil kira cara yang sopan santun dan tidak menjatuhkan maruah dirinya . Contohnya, dengan perantaraan seorang kawan yang boleh memperkenalkan diri si perempuan kepada si lelaki yang diminatinya . Apabila mereka bertemu, lelaki akan beranggapan dia yang memulakan dahulu walau hakikatnya si gadis yang memulakannya .

Lelaki juga jangan terlalu lama berfikir jika dia sudah meminati seorang gadis itu . Luahkan sahaja hasrat hati dengan bijaksana agar dapat menambat hati si gadis. Apabila lewat menyatakan hasrat, risau  gadis idaman anda dikebas orang.


Beri Tumpuan pada Persamaan dan Perkara yang Disukai Pasangan

Jika kita berbual dengan pasangan , kita perlu memastikan perbualan itu terjadi dalam suasana yang tidak menimbulkan sebarang fitnah. Beri tumpuan sepenuhnya ketika anda berbual. Jangan lakukan kerja lain seperti membaca buku, menghantar teks sms atau seringkali menjawab panggilan telefon .

Tunjukkan keserasian dan persamaan dengan menumpukan pada topik yang disukai pasangan . Insyaallah, pasti terdetik di hati si gadis bahawa kita seorang yang mempunyai persamaan dengannya, dan memahami minatnya serta serasi dijadikan pasangan hidup .


Berkomunikasi dengan Mesra dan Bersemangat

kita perlu menitik beratkan agar komunikasi itu berada dalam suasana yang tidak menimbulkan sebarang fitnah. Contohnya, jika ada mahram hadir bersama atau suasana berkomunikasi itu melibatkan ramai orang .

Seseorang yang pandai berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dalam apa–apa jua situasi akan menyebabkan orang mudah jatuh cinta terhadapnya . Seseorang itu dikatakan pandai berkomunikasi dan apabila dia berkomunikasi dengan lisan, mata, hati dan gerak badan. Cuba berkomunikasi secara sopan santun dan bersungguh – sungguh.


Pandai dan Seronok Didampingi

Setiap orang ingin disayangi dan dia hendaklah menilai diri dan membuang tabiat dan perangai buruk yang dibenci oleh orang lain. Ambil inisiatif dan luangkan sedikit masa untuk mendampingi orang lain.

Disamping itu, kita juga hendaklah berlapang dada didampingi orang lain. Jangan merasakan orang lain sebagai penggangu atau pencuri masa kita yang cukup berharga. Kita hendaklah mencari jalan agar merasai keseronokan apabila didampingi orang lain. Orang yang seronok didampingi dan pandai mendampingi ialah insan yang disenangi orang lain dan mudah untuk orang jatuh cinta padanya .


Jangan Terlalu Jual Mahal

Seseorang wanita perlu berhemah dalam mempamerkan dirinya. Dia tidak harus  menyombongkan diri dengan lelaki sehingga menolak mentah – mentah apabila dilamar. Jika dia tidak suka akan seseorang lelaki itu, maka berterus teranglah secara baik atau menyuruh lelaki berkenaan berharap dengan harapan kepada Allah SWT kerana apabila sudah jodoh tidak ke mana.

Wanita tidak harus terlalu mendambakan kasih sayang daripada seseorang lelaki lantaran hati sudah jatuh cinta. Dia perlu bertegas dan mempunyai pendirian, agar maruahnya tidak jatuh ke tangan lelaki. 


Buka Hati dan Minda untuk Menerima Cinta

Kita hendaklah menyedari bahawa hakikat pentingnya ikatan perkahwinan untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup pada hari–hari yang mendatang. Kita tidak boleh melampaui fitrah dengan menafikan keperluan untuk mencintai dan dicintai orang lain . Ia juga merupakan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW . Baginda juga membina ikatan perkahwinan seterusnya menjalinkan ikatan cinta sejati dengan semua ahli keluarganya .

Oleh yang demikian , bagi orang yang sudah bersedia untuk berumah tangga, bukalah minda untuk menerima cinta dan rela dirinya untuk dicintai. Cinta itu mudah datang kepada mereka yang bersedia untuk menerima cinta, terutamanya orang yang mempunyai kemampuan.

Dipetik dari : Majalah Solusi Isu 32





0 comments:

Post a Comment