ads

Monday, January 12, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Bagaimana Wujudkan Rasa Cinta Terhadap Suami !!


Pada kebiasaannya seorang suami sememangnya memerlukan belaian dan kasih sayang dari seorang isteri . Sebagai seorang isteri kita semestinya mewujudkan rasa kasih dalam diri terhadap suami .

Jika tidak kamu perlu percaya dia sudah tidak ingat lagi betapa pentingnya diri anda kepadanya? Percayalah bahawa bukan anda seorang sahaja wanita yang merasakan keadaan sedemikian.

Ramai isteri pada hari ini mempunyai perasaan yang sama dengan anda walaupun setelah bertahun-tahun menempuh alam perkahwinan bersama .

Jika anda berhasrat mempunyai rumahtangga yang berjaya, anda mestilah berusaha untuk menanamkan rasa cinta dan sifat romantik kepadanya.

Ini sememangnya sukar untuk anda lakukan sekiranya masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing .

Ada beberapa perkara kecil dan asas yang boleh membantu anda untuk menunjukkan rasa cinta anda dan secara tidak langsung membuatkan suami anda sedar betapa istimewa hari-harinya bersama kamu berdua sepanjang tempuh perkahwinan anda .

Antara perkara yang boleh anda lakukan bagi mewujudkan rasa cinta anda terhadap suami ialah:


Kerap  berkomunikasi

Bercakaplah dengannya tentang perkara-perkara yang berlaku dalam hidup kamu. Biarkan dirinya kenal dan tahu matlamat perkahwinannya dengan anda , kepercayaan dan juga keprihatinan anda terhadap dirinya.

Mintalah pendapatnya atau nasihat daripadanya untuk kegunaan sekarang atau untuk masa hadapan. Ini akan membuktikan kepadanya bahawa diri anda sememangnya pasangannya , tempat untuk anda mencurah kasih sayang dan juga perhatian.


Berikan pujian yang ikhlas 

Sudah menjadi lumrah manusia, setiap orang pasti berasa dirinya ingin dipuji dan dihargai. Samalah jua dengan suami anda . Apabila hubungan anda bersamanya semakin berkembang, terdapat beberapa perkara asas yang biasa membuatkan anda lupa untuk melakukannya iaitu pujian kepada suami anda .

Suami anda sangat gembira bila anda memujinya dengan penuh kasih sayang serta tulus ikhlas. Sebagai seorang isteri yang hebat di mata suami, buat suami kamu berasa dirinya begitu unik dan istimewa dengan mengiyakan apa sahaja pendapatnya serta mengatakan kepadanya bahawa semua perkara yang dilakukannya adalah terbaik untuk dirinya serta diri anda juga .


Berikan hadiah istimewa 

Buatlah kejutan dengan memberinya hadiah yang istimewa tanpa menyatakan sebarang alasan. Dapatkan edisi terkini majalah atau buku yang diminatinya, belikan dia DVD kegemarannya atau boleh sahaja menyiapkan hidangan kegemarannya sebagai hidangan makan malam istimewa bersamanya.
Anda juga boleh berikan hadiah istimewa  tanpa perlu menggunakan wang yang banyak. Ianya sudah cukup untuk membuatkan suami anda merasa dirinya begitu istimewa di hati anda .







0 comments:

Post a Comment