ads

Monday, January 12, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! 10 Tip Membentuk Rumahtangga Bahagia Dan Harmoni !!


1.Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.

2. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

3. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga cemerlang .

4. Sentiasa taat dan patuh kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh pada setiap suruhannya .

5. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan keluarga sentiasa bahagia .

6. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda pula bagaimana ? 

7. Membentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia merasa ia dihargai.

8.  Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri pada setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan agar isteri mudah masuk syurga.

9. Tegur kesilapan isteri dengan cara yang berhemah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara menegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan mudah memberontak.

10. Gunakan Nabi Muhammad sebagai role model. Hidupkan amalan sunah di dalam rumahtangga. Gunakan nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah darinya .




0 comments:

Post a Comment