ads

Monday, January 12, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Ramai Lelaki Kurang Ambil Peduli Penyakit Ini !!


Penyakit ini tiada simptom awal seperti kebanyakan penyakit lain. Mungkin disebabkan faktor itu, ramai lelaki kurang memberi perhatian terhadap kanser prostat.

Prostat ialah kelenjar bersaiz 'walnut' terletak di belakang dasar zakar, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra.

Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani.


"Sel kanser itu mungkin merebak daripada prostat ke bahagian lain tubuh, terutama tulang dan nodus limfa. Kanser prostat mungkin pada mulanya tidak menyebabkan sebarang gejala, namun pada peringkat lain menyebabkan kesakitan dan kesukaran membuang air kecil.

"Kanser prostat merebak melalui empat tahap. Ia dikenal pasti di segi saiz tumor, sama ada nod limfa dijangkiti atau tumor berkenaan merebak ke bahagian lain," katanya ketika ditemui pada kempen Fight For Your Man di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Tahap pertama kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada gejala apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

Pada tahap kedua, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rek­tal dijalankan.

Seterusnya pada tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan kemungkinan besar merebak ke pundi seminal dan pada tahap keempat, ia merebak ke pelvis (tulang pinggul), nod limfa atau bahagian lain seperti tulang, hati atau paru-paru.




"Kanser prostat jarang berlaku kepada lelaki berusia bawah 50 tahun dan ­ ia biasanya berlaku kepada mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

"Selain itu, sejarah keluarga iaitu risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat. Seterusnya, masalah obesiti atau kegemukan juga antara faktor yang menyumbang kepada kanser ini," katanya.

"Masalah lain ialah kerap buang air kecil, aliran kencing tidak lancar, darah dalam air kencing atau air mani, lemah pundi kencing dan sakit ketika ejakulasi selain cepat letih, hilang selera makan, hilang berat badan, kerap cirit-birit dan muntah," katanya.

Kanser prostat boleh dikesan melalui ultrasound serta pengambilan sampel tisu prostat. Antara rawatan untuk kanser ini adalah radioterapi, terapi hormon, pembedahan, kemoterapi dan imunterapi.




0 comments:

Post a Comment