ads

Wednesday, January 14, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Langkah Bijak Pikat Lelaki Idaman Anda !!


Pastinya sering kita dengar pepatah yang mengatakan tiada “perigi mencari timba” kerana ia bukanlah satu perkara yang pelik untuk dilakukan pada zaman sekarang .
Pada hakikatnya  tidak menjadi kesalahan untuk wanita memikat lelaki . Memang tiada salahnya jika si gadis mencari dan memilih lelaki yang terbaik untuk teman hidupnya . Tambahan pula, populasi lelaki pada masa kini menjadi cukup terhad berbanding kaum hawa pada ketika ini .


Langkah Bijak Pikat Lelaki Idaman Anda !

Miliki Paras dan tubuh badan yang cantik
Pastinya majoriti lelaki suka melihat wanita yang cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menawan. Cara menggoda lelaki ini cukup berkesan. Namun begitu , pasti ada segelintir yang berasa kecewa kerana tidak memiliki sifat seperti ini . Tapi anda perlu ingat , perlu ada sikap positif dalam diri anda kerana cantik itu terlalu subjektif kerana setiap lelaki ada cara penilaian mereka yang tersendiri. Oleh itu jangan terlalu kecewa .

Bersifat jujur dan berterus terang
Salah satu perkara yang cukup dibenci oleh kaum adam ialah ditipu dan tidak bersikap jujur. Lebih-lebih lagi apabila ia berhubung kait dengan hubungan antara pasangan . Oleh yang demikian anda perlu bersifat jujur dan jangan ada yang cuba-cuba menipu tanpa sebarang sebab yang munasabah. 

Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain “ Terimalah lelaki seadanya ”. Terimalah dia sebagai lelaki dan bukan mengubahnya . Jika anda mahu mengubah personaliti seseorang lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda mungkin dia akan menjadi sebaliknya .

Fahamilah lelaki agar dia dapat memahami anda
Anda perlu cuba memahami perangai sesorang lelaki itu kerana si dia juga sedang  menyesuaikan diri dengan perangai anda. Ia adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ia tidak sesuai dengan anda. Asalkan tidak melebihi batas dan agama .

Berubah demi menikmati perubahan
Jika anda bercita-cita mahu mengubah perangai seorang lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana individu itu sendiri yang akan mengubah perangainya jika dia mahukannya . Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. 

Jadi diri anda sendiri
Anda tidak perlu menukar cara anda hidup semata-mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Seorang lelaki tidak suka perempuan yang bersikap hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri .

Jangan mudah mengalah
Semasa dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat mengalah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, jika anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memenangi hati anda. Mungkin dengan cara ini dia akan menghargai anda .

Jangan bandingkan si dia dengan lelaki lain
Jika anda ingin memikat seorang lelaki dengan serius, janganlah anda membandingkan si dia dengan lelaki lain atau mungkin dengan bekas kekasih anda kerana setiap lelaki mempunyai perwatakan yang berbeza .

Wanita yang matang dambaan semua lelaki
Jika anda seorang yang bersifat kebudak-budakan yang keterlaluan , ubahlah sedikit demi sedikit. Lelaki sememangnya suka kepada wanita atau gadis yang manja tetapi tidak pada gadis yang gedik. Sifat matang dalam diri anda dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah akan menjadi perhatian para lelaki . Bagi seorang lelaki, wanita sebegitu nampak bijak dan mampu menangani sebarang masalah .

Sanggup memberi untuk menerima
Anda sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri kelak .

Percaya untuk dipercayai
Jika anda bersikap tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu akan mempercayai anda. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila lelaki sudah tidak mempercayai anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya terhadap anda .

Panggil lelaki dengan panggilan manja
Jika seorang lelaki memanggil anda dengan baik dan nada lembut, begitu juga lelaki yang inginkan sedemikian . Dia juga mahukan anda memanggilnya dengan lembut, manja, dan penuh dengan sifat kewanitaan anda .

Hormati dia sebagai lelaki
Pastinya si dia akan menghormati anda sebagai seorang wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur , maka dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Pada hakikatnya seorang wanita patut menghormati lelaki tambahan pula suaminya sendiri .




0 comments:

Post a Comment