ads

Wednesday, January 14, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Tip Bercinta Selepas Kahwin Buat Pasangan Suami Isteri !!


Pastinya anda sering melihat situasi di dalam drama yang ramai pasangannya berkahwin ditentukan oleh kedua ibu bapa mereka . Apa perasaan mereka yang berkahwin dengan orang yang tidak dikenali ? adakah mereka bahagia atau sebaliknya ? Jom kita rungkai segalanya...

Perkahwinan yang ditentukan oleh ahli keluarga bukanlah sesuatu yang asing dalam budaya kita di Malaysia. Ia sudah menjadi tradisi sejak zaman ibu dan bapa kita lagi. Namun bagaimanakah perasaan mereka yang berkahwin dengan jejaka atau wanita yang bukan pilihannya ? 

Ianya lebih tepat dikatakan berkahwin dahulu dan baru bercinta. Di dalam agama Islam ianya juga ia tidak dilarang. Namun pastinya berasa kekok bakal berkongsi hidup dengan orang tidak dikenali .

Dibawah disediakan beberapa tip bagi pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tidak dikenalinya . Jom baca ..

Antara Tips Bercinta Selepas Kahwin ialah:
1) Temu Janji
Aturkan pertemuan secara ataupun berbual melalui telefon untuk mengenal antara satu sama lain. Sebelum perkahwinan berlangsung, masa ini adalah masa yang sesuai untuk bertanyakan tentang peribadi pasangan anda, seperti benda yang disukai, yang dibenci dan yang berkaitan dengannya .
Tidak bersalah bertanyakan tentang kedudukan kewangannya kerana mudah untuk anda mengaturkan kewangan anda dengan pasangan anda. Tapi, awas! Jangan bertanyakan soalan yang boleh menyebabkan perselisahan faham antara anda berdua .
2) Hubungan Baik Dengan Keluarga Mertua
Sentiasa mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri adalah penting bagi mewujudkan keluarga yang harmoni. Perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin supaya ianya terus berkekalan .
Berbaik-baik dengan ahli keluarga dia terlebih dahulu. Secara tidak langsung akan timbul keserasian dan keperihatinan mereka terhadap anda. Ahli keluarga dan sedara mara kadang kala boleh membantu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri selepas berkahwin.


Sesekali, apabila ada kelapangan, pergilah ziarahi keluarga mertua anda dan beri hadiah atau buah tangan sebagai pemanis muka . Jangan lupa untuk bertanyakan khabar mertua anda juga kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada keluarga anda.



3) Sentiasa Berterus Terang Dengan Pasangan Anda
Minta pasangan anda maklumkan perkara-perkara yang mungkin boleh membuatkan anda berdua bergaduh. Mungkin yang melibatkan peribadi tentang zaman silam pasangan anda atau pilihan pasangannya.
Ianya sebagai langkah untuk mengelak daripada ungkit mengungkit selepas berkahwin seterusnya bakal mengundang pergolakan besar di dalam rumah tangga anda. Biarlah berterus terang. Memang benar ianya sedikit memedihkan, tetapi biarlah menanggung kepedihan itu berbanding luka menjadi lebih dalam hingga tidak dapat diubati lagi.
4) Buka Hati Anda Untuk Menerima
Pastinya sukar untuk hati anda menerima hakikat bahawa terpaksa menerima orang yang tidak anda kenali. Tambah memeritkan lagi jika terpaksa melepaskan orang yang anda impikan untuk menjadi pasangan hidup anda tapi tidak direstui keluarga anda .
Berfikirlah secara positif dan redha merima ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya . Mungkin ketentuan yang Maha Esa, dialah jodoh untuk anda .
5) Dapatkan Zuriat
Melahirkan zuriat adalah tanda bukti cinta yang terjalin. Zuriat itulah tanda pengikat kasih sayang anda dan pasangan anda. Banyakkan berusaha dan berdoa kepada yang maha Esa supaya dikurniakan anak yang ramai. Hubungan yang kekok pasti akan terjalin erat apabila dkurniakan zuriat
Jangan gusar dengan pasangan yang bakal kita bakal berkahwin kerana sudah suratan takdir mengatakan itu jodoh kita. Tidak semestinya pasangan cinta yang bersemi sekian lama akan berkahwin dengan kita.
Cuba selami dan hidup dengan pasangan anda ketika berbahagia mahupun ketika dilanda masalah . Restu keluarga, terutama daripada ibu bapa, untuk rumah tangga adalah penting untuk hidup kekal bahagia selamannya .





0 comments:

Post a Comment