ads

Friday, January 16, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Ketahui Ragam Wanita Mengandung Bagi Para Suami !!


Mengandung adalah perkara normal yang akan ditempuhi oleh setiap pasangan yang bergelar suami isteri.
Pelbagai ragam ataupun alahan yang akan dialami oleh wanita mengandung dimana anda akan merasainya tak kiralah mengandung anak pertama, kedua ataupun anak ke sepuluh dan ragam itu akan ada coraknya yang tersendiri dimana sedikit sebanyak akan menjadi kenangan manis dan pahit dalam perhubungan rumahtangga. 

Setiap orang mempunyai pengalamannya yang berbeza-beza ketika mengandung. Karenah wanita mengandung ini juga kadangkala boleh memeningkan kepala para suami .
Antara perangai pelik wanita mengandung iaitu :
1. Mengidam
Kerap yang berlaku adalah mengidam. Dalam keadaan ini, ahli keluarga yang terdekat akan menjadi “mangsa” dan biasanya si suamilah. Seboleh-bolehnya suami perlu memahami keadaan isteri dan bersedia mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.
2. Tidak Tahan Bau suami
Tidak boleh langsung  bau atau berada berdekatan dengan suami. Tiba-tiba rasa bau badan si suami busuk sangat. Kesihan si suami sehinggakan ada yang merajuk.
3. Tidak Tahan Bau masakan
Tidak boleh memasak. Kebanyakan orang mengandung alah pada bau seperti bau tumisan bawang.
4. Air suam
Tidak boleh minum air suam. Air suam adalah sangat baik untuk kesihatan orang mengadung. Akan tetapi mungkin pada awal kehamilan, rasa mual yang menyebabkan orang mengandung tak nak minum air suam.
5. Terlalu Memilih makanan
Ini adalah perkara biasa kerana orang mengandung  mengalami perubahan hormon pada awal waktu mengandung dan menjadikan seleranya akan menurun. Jadi pada ketika ini, orang mengandung akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya .
6. Sifat Pemalas Mula Wujud
Orang mengandung bersikap malas mungkin kerana keadaannya yang cepat berasa letih. Tetapi ada juga sesetengah orang mengandung yang sangat rajin. 

7. Suka Mengubah tempat tidur
Orang mengandung berasa amat tidak selesa ketika tidur. Hal ini adalah kerana mereka mempunyai batas untuk bergerak. Mungkin ada yang meminta untuk tidur di tempat suami.
8. Tidak Mahu bersolek atau berdandan
Orang mengandung memang dinasihatkan untuk tidak menggunakan kosmetik kerana dikhuatiri kosmetik tersebut mempunyai bahan kimia yang mungkin berbahaya kepada bayinya .





0 comments:

Post a Comment