ads

Friday, January 16, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Cara Mendidik Isteri Buat Para Suami !!



Kasih sayang yang terjalin antara suami isteri bukan sekadar dengan kata-kata asmara dana atau pujuk rayu sahaja malah ianya juga lebih daripada semua itu.

Sifat seorang suami itu sendiri hendaklah menampakkan ciri-ciri seorang  suami yang pengasih walaupun sekalipun jika dia seorang pemimpin yang sejati didalam rumahtangga . 

Kadang-kala seorang suami juga menginginkan ketaatan daripada seorang wanita yang bergelar isteri. 

Sifat malu adalah penting dalam perhubungan suami isteri kerana ianya adalah benteng keimanan seorang mukmin sejati . 

Sifat malu secara tidak langsung dapat mendidik seorang isteri menjaga maruah dan harga diri daripada dijatuhkan dan direndah-rendahkan .


Bagi seorang suami pula , ada waktu-waktu tertentu apabila suami bersama isteri, hendaklah merendahkan sedikit sifat ego yang wujud didalam diri seseorang yang bergelar suami . 

Seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW tatkala bersama isteri tercinta Siti Aishah. 

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda telah mencecah 55 tahun manakala Siti Aishah masih lagi berumur enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah mencapai umur sembilan tahun. 

Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah SAW berlagak seperti seorang kawan sepermainannya . 

Diajak Siti Aishah berlumba lari dan adakalanya Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah SAW yang menang dalam perlumbaan itu .

Bermakna di saat bersama isterinya , adakalanya Rasulullah SAW melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh seorang yang bergelar isteri . 

Ini menunjukkan bahawa pada satu-satu masa tertentu suami perlulah bijak  memikat hati isterinya asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut sahaja kemahuan isterinya . 

Maka di sinilah ketegasan seorang suami akan dapat dilihat . Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan . 

Dalam konteks ini tegas tidak bermaksud kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan isteri kehendak seorang isteri , syariat dan perjuangan diketepikan .


Sebagai seorang nakhoda kapal atau pemimpin di dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya . 

Oleh kerana itu wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikirannya terganggu maka emosinya akan turut terganggu juga .

Tatkala itu kalau ada kesalahan seorang suami walaupun ianya kecil ataupun kesalahan yang telah lama terjadi maka ianya akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan yang dilakukan itu dianggap besar olehnya . 

Perasaan marah yang meluap-luap pada seorang suami itu akan kelihatan lebih ketara. Memang satu sifat yang agak sukar untuk dikawal tatkala dia sedang marah. Kadang-kala amukannya ibarat ribut taufan yang melanda emosinya .

Oleh yang demikian disinilah tugas seorang suami mententeramkan isterinya dengan cara dan perlakuan yang betul supaya ianya akan kembali seperti sedia kala .

Dalam situasi ini , seelok-eloknya seorang suami hendaklah berdiam diri dahulu sehingga kemarahannya reda . 

Kemudian barulah diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka seorang isteri. Mengapa suami perlu bertindak sedemikan ? Kerana tatkala perasaan marah menguasai emosi dan perasaan maka syaitan sengaja akan lebih mudah menggodanya . 

Oleh yang demikian , lebih baik mendiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Oleh itu apabila seorang isteri dapat dididik dengan cara didikan yang betul maka ia akan dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. 

Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam .





0 comments:

Post a Comment