ads

Saturday, January 17, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Ketahui Tujuan Anda Berkahwin !!


Ramai orang memahami perkahwinan dengan pemahaman keliru atau dangkal serta tidak mengerti hikmah-hikmah agung dari syariat perkahwinan . Diantara pemahaman yang keliru adalah : 
1.Ada yang beranggapan perkahwinan hanya untuk meraih kesenangan dan melampiaskan syahwat biologi semata-mata .
2.Ada yang beranggapan perkahwinan sebagai media produksi dan membangga-banggakan keturunan yang ramai .
3.Ada yang memandang perkahwinan sama dengan kesempatan menguasai , mengatur dan menebarkan pengaruh .
4.Ada yang memandang perkahwinan sebagai kesempatan memelihara kesucian diri dan meningkatkan populasi kaum mukminin .
5.Ada pula berpendapat perkahwinan sebagai satu tradisi yang diwariskan secara turun temurun . 
Sedikit sekali di antara mereka yang berpersepsi bahawa perkahwinan sebagai misi dan tanggungjawab besar , tolong menolong yang berkesinambungan dan pengorbanan tanpa mengenal waktu demi membahagiakan bangsa manusia serta membimbing mereka ke jalan yang lurus . 
Allah SWT berfirman ,
"Hai manusia , sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal . Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal ."





0 comments:

Post a Comment