ads

Tuesday, December 16, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK !! Majlis Resepsi Cukup Unik, Yaya Maembong & Wan Raja Dirai Ala Bangsawan !!



Majlis resepsi pelakon Yaya Maembong bersama suami tercinta Wan Raja yang bertemakan ala Bangsawan telah berlangsung dengan begitu meriah di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur .

Yaya yang menggayakan busana rekaan Asimareen Atelier dan Razman Razmi kelihatan begitu anggun sekali bagai seorang Bangsawan yang rupawan manakala Wan Raja pula segak seperti  seorang pahlawan melayu.

Apa yang menariknya , pengantin lelaki , Wan Raja turut tidak ketinggalan bersilat ketika memasuki dewan dan membuatkan hadirin yang hadir terpegun seketika melihat aksi pengantin .

Disamping itu juga ada diantara pasangan yang menarik perhatian dalam majlis tersebut iaitu pasangan Emma Maembong bersama Zizan Razak yang nampak cukup 'sweet' bagai pinang dibelah dua.

Tema Bangsawan yang jarang sekali dilihat di kebanyakkan majlis perkahwinan membuatkan majlis resepsi Yaya Maembong dan Wan Raja kelihatan begitu unik sekali.

Yaya dan Wan Raja juga selamat bergelar suami isteri pada majlis akad nikah yang berlangsung pada Jumaat yang lalu .


Dibawah dikongsikan beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan Yaya Maembong dan Wan Raja dari jurufoto rasmi Emerhaled, Piccaboothofficial dan Lensaphora yang telah dikongsi di laman IG pasangan itu dengan menggunakan hashtag #wanrajayayamaembong.












-astrogempak





0 comments:

Post a Comment