ads

Tuesday, December 16, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Rumah Sutomo Dikatakan Ajaib ...Mengapa !!


Menurut maklumat , ketika rumah penduduk lain musnah dirempuh atau ditimbus tanah, sebuah bangunan kediaman di Jemblung kekal utuh.

Malah penghuninya juga tidak termasuk dalam kalangan mangsa korban atau yang masih hilang.

Rumah bercat putih milik Sutomo itu tidak mengalami nasib buruk seperti puluhan kediaman lain di petempatan itu.

Abang Sutomi, Hamim berkata, sehari sebelum kemalangan menimpa, Sutomo seolah-olah mendapat petunjuk mengenai bala yang bakal tiba.

Sutomo meminta saya serta anak-anaknya berpindah ke tempat lain kerana berasa tidak sedap hati,” katanya.

Ternyata tindakan yang diambil Sutomo, 36, dan Hamim, 36, itu tepat.

Kira-kira jam 4.30 petang Jumaat lalu Hamim membawa anak Sutomo ke rumahnya dan kira-kira dua jam kemudian bencana itu pun berlaku.

Tanah dari dua bukit yang mengelilingi petempatan berkenaan runtuh serta melanda apa saja yang ada di laluannya.

Hamim yang tinggal di Karangkobar Purwodadi berkata, sebelum ini pernah ada tanah runtuh melanda kawasan tepi rumah Sutomo, tetapi tiada sebarang kematian atau kecederaan berlaku.

Sutomo nampak tanah runtuh itu bergerak amat laju menuju ke rumahnya dan dia terpaksa berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Rumah satu tingkat yang dibina sejak 2010 itu seolah-olah tidak disentuh langsung oleh tanah bukit berkenaan.





0 comments:

Post a Comment