ads

Monday, December 15, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK !! Lelaki Temui 'Gurung Shankar' Tergantung Dalam Bangsalnya Di Kuala Abang Terengganu !!


Memang ianya sesuatu yang cukup mengejutkan apabila seorang lelaki warga Nepal telah ditemui mati tergantung di dalam sebuah bangsal di Kampung Kuala Abang semalam .

Menurut maklumat , mangsa yang bernama Gurung Shankar, 31, telah ditemui mati oleh Mazlan Ishak, 51, yang telah menumpangkan mangsa di bangsal miliknya , ketika itu mahu mengajak mangsa untuk makan tengah hari di rumahnya kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam .

"Saya sangat terkejut apabila sebaik sahaja membuka pintu bangsal, saya mendapati dia sudah mati tergantung," katanya .

Mazlan yang tinggal berhampiran dengan Pantai Batu Pelanduk , berkata, dia telah didatangi mangsa yang tidak dikenalinya itu merayau-rayau berhampiran rumahnya, kira-kira pada jam 5 petang semalam.


"Mangsa ada datang ke rumah meminta air dan saya memberinya minum. Mangsa kemudian meminta kebenaran menumpang di sebuah bangsal bersebelahan rumah saya.

"Saya yang kasihan kepadanya membenarkan dia menumpang di bangsal terbabit dan pagi ini saya sempat menyediakan sarapan pagi kepadanya sebelum saya ke sebuah balai raya mengambil dana bantuan sekolah anak," katanya.

Dia berkata, sebaik pulang ke rumah, dia teringat akan mangsa dan berhajat mengajak mangsa makan tengah hari.

"Beberapa kali saya memanggilnya, namun dia tidak menjawab dan sebaik masuk ke dalam bangsal saya mendapati mangsa sudah tergantung.

"Ketika membuat pemeriksaan, saya dapati mangsa sudah tidak bergerak sebelum saya segera ke Balai Polis untuk membuat laporan," katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut .

Mayat mangsa juga kemudiannya telah dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung dengan kejadian tersebut .




0 comments:

Post a Comment