ads

Tuesday, December 16, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! "Tak Sangka Semalam Adalah Gurauan Terakhirnya" !!


Ianya cukup menyedihkan apabila seorang warga emas yang berusia 72 tahun maut selepas digilis treler di Kampung Gelung Bilal semalam .

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Omar Ibrahim, yang bekerja sebagai tukang sapu di bandar raya ini dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Padang dengan mengayuh sebuah basikal.

Bagaimanapun, setibanya di satu simpang lampu isyarat kampung itu , mangsa dikatakan telah berhenti di penghadang jalan bersebelahan dengan treler berkenaan .

Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, treler yang dipandu oleh seorang lelaki yang berusia 25 tahun bergerak dan menyebabkan warga emas itu terperosok di bawah lori sebelum dia digilis kenderaan berat berkenaan.

Sementara itu, menurut menantu mangsa, Dianan Yusof, 55, berkata, bapa mertuanya itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah pada seluruh anggota badan.

Katanya lagi , arwah suka bergurau dan tidak sangka semalam adalah gurauan terakhirnya bersama keluarga.

"Arwah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kami reda dengan kejadian yang berlaku ," katanya.




0 comments:

Post a Comment