ads

Tuesday, December 16, 2014

Filled Under:

BERITA TERKINI !! Bandar Sungai Lembing Kuantan Dilanda Banjir Kilat Semalam ..Berhati-hati !!


Akibat daripada cuaca mendung dan hujan lebat sekejap-sekejap sejak pagi tadi telah menyebabkan banjir kilat kira-kira hampir 0.3 meter di bandar Sungai Lembing, 30 kilometer dari sini. 
Walau bagaimanapun, sehingga jam 8 malam semalam , tiada yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir walaupun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah memaklumkan bahawa paras air Sungai Kuantan berhampiran dengan Bukit Kenau, telah melepasi paras amaran jam 7 malam tadi. 
Ekoran daripada itu seorang pegawai bersama 22 anggota Tentera Darat dari Kem Batu 10 telah ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Lembing sebagai langkah berjaga-jaga bagi membantu sekiranya aras air naik semula . 
Bagaimanapun, banjir kilat yang dikatakan bermula jam 4 petang itu telah  surut sepenuhnya kira-kira dua jam berikutnya .
Jambatan kayu yang menghubungkan Pekan Sungai Lembing dengan empat kampung lain bagaimanapun masih lagi ditenggelami air. 
Menurut maklumat , sehingga jam 8 malam tadi, jambatan kayu berkenaan masih lagi ditenggelami air dan siren amaran banjir masih berfungsi dengan baik dengan mengeluarkan bunyi amaran setiap sejam sebagai peringatan kepada penduduk supaya bersedia untuk sebarang kemungkinan  yang akan berlaku  .




0 comments:

Post a Comment