ads

Friday, October 2, 2015

Filled Under:

MESTI TENGOK !! Sebuah Kedai Vape Di Manjung Meletup !!



Seorang pemilik kedai menjual vape telah kerugian lebih daripada RM3,000 selepas premis kedai menjual peralatan vape terbakar akibat letupan dua tin isian semula gas di Pusat Perniagaan yang terletak di Seri Manjung, semalam .

Berdasarkan maklumat ,  kejadian dipercayai berlaku pada jam 8.55 pagi dan kedai terbabit terbakar selepas dua tin isian semula meletup dipercayai terkena percikan api dari penyambung suis elektrik yang berhampiran.

Menurut pemilik kedai Amir Fazreen Shamsul Bahari, 28, berkata, ketika kejadian itu berlaku tiada sesiapa di kedai dan hanya bahagian meja kaunter sahaja yang terbakar.


Saya mengetahui kejadian itu daripada jiran sebelah kedai yang menghubungi saya sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa semalam .

“Saya juga bersyukur kedai tidak musnah dalam kebakaran dan hanya meja kaunter saja yang terbakar ,” ujarnya.

Menurut jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 37, berkata, ketika kejadian itu berlaku  dia berada di dalam kedai dan terdengar satu letupan kuat dan letupan kali kedua lebih kuat dan disertai dengan gegaran kecil .

“Saya yang berada dalam kedai ketika itu mula merasa risau sebelum keluar dari kedai lalu memeriksa keadaan sekeliling dan mendapati kepulan asap hitam di pintu premis terbabit,” ujarnya lagi .

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Manjung Ismail Othman berkata, pihaknya ada menerima panggilan jam 9.15 pagi sebelum dua jentera bomba bersama 15 anggota dan pegawai dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan tiba di tempat kejadian .

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian , anggota bomba mendapati kepulan asap keluar dari premis dan kebakaran hanya membabitkan perkakas di dalam premis sahaja,” ujarnya .

sumber : Harian Metro




0 comments:

Post a Comment