ads

Friday, October 2, 2015

Filled Under:

JOM TENGOK GAMBAR !! Gambar Kembar Siam Ahmad dan Muhammad Selepas 17 Tahun berlalu !!



Pastinya kita masih mengingati kisah adik kembar siam Ahmad dan Muhammad yang dilahirkan bercantum di bahagian dada dan punggung pada tahun 1998 dan mereka telah menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard , Arab Saudi pada tahun 2002 dan pernah menjadi tumpuan seluruh dunia pada ketika itu . 

Dalam sedar tidak sedar , usia mereka berdua kini telahpun menjangkau 17 tahun dan kini mereka berdua bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun ini .


Walaupun mereka dilahirkan dengan serba kekurangan , mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23M Subang Jaya dalam aliran Sains Tulen dan kini mereka menjalani sesi persekolahan sama seperti kanak-kanak yang seusia dengannya . 

'Seperti biasa ayah akan kejutkan along (Ahmad) dan angah (Muhammad). Kami tiada masalah untuk bangun tidur kerana sudah biasa bangun awal pagi sejak arwah ibu tiada lagi . Hari Isnin ialah hari pertama kami ke sekolah jadi kami berkobar-kobar ingin ke sekolah kerana mahu berjumpa dengan kawan-kawan .

Ditanya bagaimana mereka ke sekolah , Ahmad memberitahu bahawa sebaik sahaja tiba di sekolah , ayahnya Rosli Abdul Rahim , 44 akan mendukung mereka adik beradik naik ke bilik darjah yang diletakkan di tingkat satu . Malah mereka juga bertuah dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa ingin membantu mereka sewaktu mereka di sekolah .








0 comments:

Post a Comment